web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Arah Tutup Sekolah Agama, ‘Itu Tuduhan Tidak Bertanggungjawab!’ - Mohd Na’im

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:51AM

Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya kerajaan negeri Selangor mengarahkan penutupan sekolah agama adalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan negeri Selangor telah menetapkan bahawa pihak sekolah perlu memenuhi Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama.

Menurut beliau, penguatkuasaan Garis Panduan tersebut telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian.

“Susulan insiden kebakaran sehingga melibatkan kemalangan jiwa di sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada 2017, garis panduan ini telah dibangun dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021.

“Ia bertujuan memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta seluruh warga institusi tahfiz persendirian,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa 200 sekolah agama telah diberi amaran dan dihalau dari premis masing-masing.

@bubbleisland99 ingat pesan @sirazriofficial...#pnterbaik #kedahdarulaman #fypシ #benar #viraltiktok ♬ Chill Vibes - Tollan Kim

Sekretariat NGO Islam Selangor baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tindakan terbabit dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusinya, Datuk Nazilah Idris mendakwa, perkara seumpama itu berlaku kerana Kerajaan Perpaduan membenarkan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui seorang menteri dari DAP.

Video memaparkan kenyataan dibuat Nazilah itu turut tular di media sosial dan mendapat reaksi negatif netizen, yang mengecam kerajaan negeri Selangor kerana bertindak secara ‘zalim’

Membidas dakwaan tersebut, Mohd Na’im berkata, langkah berkenaan bagi memastikan tragedi yang meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di Selangor.

“Kelonggaran telah diberikan kepada pihak sekolah selama dua tahun.

“Dalam tempoh ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang mereka mendapatkan ulasan dari agensi yang berkaitan,” katanya.

Justeru tegas beliau, dakwaan oleh pihak berkaitan kononnya amaran telah diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya diarah keluar dari premis adalah tidak benar sama sekali.

“Kenyataan seumpama ini berniat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.

“Semua pihak adalah digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti, supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

4

Pendidikan 8 bulan yang lalu

UPKK: Kertas Sirah Dijadualkan Semula Ke 24 Januari - Mohd Na'im

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'