web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lesen Perniagaan Dibatal, Pemilik Crackhouse Tarik Semula Permohonan Cabar DBKL

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 3:34PM

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel (gambar) dan Shankar R Santhiram memaklumkan kepada bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman itu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pemilik kelab komedi Crackhouse hari ini menarik balik permohonan mereka bagi mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu dan tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di ibu kota buat selama-lamanya.

Peguam M. Pravin yang mewakili Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman itu kerana DBKL hanya membatalkan lesen kelab komedi berkenaan bukan menyenaraihitamkan kedua-dua pemohon daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur.

“Pihak DBKL dalam afidavit jawapan mengesahkan bahawa mereka (Mohamad Rizal, Shankar) tidak pernah disenarai hitam daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur dan oleh itu, kedua-dua pemohon boleh mendaftarkan perniagaan mereka.

“Justeru, pihak kami menarik balik permohonan semakan kehakiman ini tanpa sebarang kos,” katanya pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan semakan kehakiman yang turut dihadiri peguam Khalisa Badrul Amini yang mewakili DBKL dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah selaku responden.

Hakim Amarjeet membenarkan Mohamad Rizal dan Shankar untuk menarik balik permohonan semakan kehakiman tanpa sebarang kos.

Pada 23 Mei lalu, kedua-dua pemohon memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Kedua-dua pemilik kelab itu, memfailkan permohonan tersebut pada 24 Nov tahun lepas antaranya memohon deklarasi bahawa keputusan membatalkan lesen perniagaan kelab komedi itu dan melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya adalah tidak berperlembagaan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 6 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan