web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadikan Hikayat Hang Tuah Panduan, Fahami Aspek Politik, Tata Keadilan - Amirudin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 10:12AM

Amirudin Shari - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hikayat Hang Tuah seharusnya dijadikan panduan dalam memahami aspek politik, kenegaraan dan tata keadilan, demi memastikan keunggulan negara hukum.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menghukum Hang Tuah sebagai mitos secara terburu-buru atau menjulang Hang Jebat sebagai wira menandakan kegagalan dalam menggali khazanah dan hikmah bangsa.

Menurut beliau, Hikayat Hang Tuah membawa pengajaran bermakna bahawa kesentosaan negara akan terhapus sekiranya penguasa atau pemerinrtah, terbabas dari landasan syarak, undang-undang, mudah dikuasai nafsu dan dipengaruhi adu domba.

“Hikayat Hang Tuah juga mengajar kita bahawa cekalnya menjadi Bendahara. Meniti di antara kesetiaan dan kemakmuran rakyat. Betapa liciknya Bendahara kerana menyembunyikan Hang Tuah. Betapa beraninya Bendahara ‘derhaka’ akan perintah Sultan Mansur Syah demi kemaslahatan rakyat, negeri hatta demi kebaikan Tuanku Sultan Melaka itu sendiri.

“Ia  juga mengajar kita bahawa kritikan adalah dibenarkan, namun cara Jebat adalah salah. Sebarang ketertiban kritikan bukan dengan kegilaan Jebat,” katanya dalam perutusan Ambang Merdeka.

Tegas Amirudin, perbuatan mengganggu gugat keamanan negara tidak boleh dibiarkan dan sikap kegilaan, melampaui batas serta radikalisme  Hang Jebat tidak boleh dijadikan pegangan.

Kemeriahan sambutan Ambang Merdeka 2023 di PKNS Uptown Shah Alam - gambar BERNAMA
Kemeriahan sambutan Ambang Merdeka 2023 di PKNS Uptown Shah Alam - gambar BERNAMA

“Melawan kezaliman bukanlah bererti mencetuskan kacau-bilau dan pemberontakan. Penulis Hikayat Hang Tuah juga menyerlahkan ketaksuban Hang Tuah yang setia membuta tuli.

“Penulis Hikayat Hang Tuah yang sehingga sekarang tidak diketahui siapa  menjadikan karya beliau sebagai wahana mengkritik sikap pahlawan terbilang itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, setiap sambutan Hari Kebangsaan adalah satu peluang untuk mencermin diri dan bermuhasabah.

“Bukan sekadar mengenang pengalaman hidup kita secara peribadi setelah berlalunya satu tahun, tetapi turut muhasabah dan menilai kembali kedudukan negara di pelantar global dan peranan kolektif kita sebagai warga sebuah negara yang bernama Malaysia.

“Di Selangor, kita baru melalui satu proses pemilihan yang agak sengit dan bersifat keras disebabkan beberapa pihak yang bertindak melampaui batas sehingga mengabaikan dan melupakan adab,” katanya.

Beliau menarik perhatian, proses itu walaupun telah selesai, tidak bermakna segala yang berlaku boleh dihalalkan atau dilupakan, terutama jika masih ada watak yang menganggap politik sebagai satu zero sum game.

“Politik dan praktis proses demokrasi bukan sebuah keadaan pemenang-bolot-semua dan tidak boleh wajar dijadikan zero sum game. Seperti setiap aspek kehidupan lebih-lebih lagi kehidupan bermasyarakat di Malaysia, harus ada kesederhanaan dan masing-masing perlu menyedari batasnya kerana kita semua merupakan warganegara dan anak Malaysia.

“Kini, tiba masanya untuk satu proses rekonsiliasi nasional yang harus dicapai oleh pimpinan negara dan masyarakat. Proses rekonsiliasi atau ta'lif ini bertujuan mengurangkan ketajaman yang kita lihat sejak tragedi ketidakbertanggungjawaban Februari 2020 yang mengabaikan proses demokrasi dan menafikan penglibatan serta peranan langsung rakyat dalam menentukan masa depan negara,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global