web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Individu Tepat Kemudi Malaysia, Sasaran 30 Gergasi Ekonomi Dunia Tidak Mustahil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2023 8:13AM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang tepat untuk memimpin Malaysia muncul sebagai antara 30 gergasi ekonomi dunia seperti disasarkan. 

Menyifatkan pelaburan oleh Tesla Inc sebagai antara pemangkin, seorang usahawan di platform X berkata, persetujuan diberikan itu adalah bukti bahawa kestabilan politik adalah kriteria yang amat penting dalam membangunkan negara. 

Menggunakan akaun @amer7211, Amer ? Hustler berkata, Malaysia akhirnya menjadi pilihan pengasas Tesla Inc, Elon Musk walaupun Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri pernah melawat Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu taikun perniagaan sensasi itu. 

“(Datuk Seri) Ismail Sabri ke US utk bertemu Elon Musk tapi Elon Musk memilih untuk bersama (Presiden Indonesia), Pak Jokowi (Joko Widodo). Pak Jokowi dapat bersemuka dengan Elon Musk tapi akhirnya @anwaribrahim yang mendapat impactful deal walaupun secara zoom,” katanya melalui ciapan. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas wawancara diadakan majalah Fortune bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di platform berkenaan, 1 September lalu. 

Dalam wawancara oleh Ketua Pengarang Fortune, Alyson Shontell di Ipoh, Perak akhir bulan lalu, Anwar antara lain ditanya mengenai kejayaan Malaysia memeterai perjanjian pelaburan bersama Tesla Inc, susulan persetujuan Musk untuk menubuhkan ibu pejabat syarikat multinasional itu di Cyberjaya. 

Tangkap layar wawancara Perdana Menteri di majalah Fortune
Tangkap layar wawancara Perdana Menteri di majalah Fortune

“Saya maklumkan kepada Musk, saya mahu bawa perubahan kepada Malaysia dan saya mahu lakukan ia sekarang. Apa sahaja yang perlu dilakukan akan dibuat dan saya rasa negara ini mempunyai potensi serta kapasiti yang amat besar. 

“Saya dengan tegas dan berterus terang memberitahu, beliau tidak perlu risau dengan segala perkara remeh-temeh lain atau kerenah birokrasi di Malaysia, yang mungkin akan beliau tempuhi di negara lain,” katanya. 

Jelas Amer, Perdana Menteri pernah ditanya mengenai kejayaan itu, dan apakah beliau menganggap Jokowi sebagai pesaing kepada pentadbirannya. 

“Anwar jawab dengan rendah diri, Pak Jokowi bukan pesaing tetapi merupakan rakan strategik. Tabik spring utk PMX! Itulah pentingnya kestabilan politik yang negara kita ada. Ditambah dengan kebijaksanaan PMX dan pasukannya. Elon Musk memilih Malaysia berbanding Indonesia dan yakin dengan kestabilan kerajaan sekarang,” katanya. 

Sementara itu di ciapan @FortuneMagazine, sedutan wawancara bersama Anwar itu dibanjiri reaksi positif netizen. 

Qairul Azman di akaun @QairulAzman berkata, itulah wajah Perdana Menteri Malaysia ketika ini. 

My PRIME MINISTER! You have nothing to worry with him being the face of Malaysia talking to the world (Perdana Menteri saya! Anda tidak perlu risau jika beliau menjadi wajah Malaysia untuk bercakap dengan dunia),” katanya. 

 BernardL yang menggunakan akaun @bernardleeym pula mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas wawancara dan kejayaan pelaburan oleh Tesla berkenaan. 

"Well done DSAI. Hoping that you will put Malaysia on the right path again. (Tahniah DSAI. Harap anda akan meletakkan Malaysia di landasan yang tepat sekali lagi,” katanya. - Getaran, 3 September 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini