web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjuangan Ini Akan Diteruskan, Buktikan Ia Semua Tuduhan Politik - Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 4:17PM

Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan sebelum meninggalkan Kompleks Mahkamah hari ini - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk meneruskan perjuangan bagi membuktikan semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik. 

Sewaktu ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, beliau berkata, perjuangan tersebut perlu diteruskan oleh semua peringkat, khususnya barisan kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

“Alhamdulillah, ini perjuangan yang harus diteruskan secara peribadi, oleh saya dan rakan-rakan kepimpinan. Saya ucapkan terima kasih kepada dukungan dewan tertinggi BN, kepada rakan-rakan komponen yang memberikan sokongan moral  

“Tugas kami (untuk) teruskan perjuangan supaya lemparan tuduhan bermotif politik ini dapat dan telah dihentikan, Alhamdulillah,” katanya. 

Sementara itu,peguam yang mewakili beliau, Datuk Hisham The Poh Teik berkata, Presiden UMNO itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

Beliau memberitahu, rayuan berkenaan akan difailkan esok. 

Ahmad Zahid Hamidi diiringi oleh penyokongnya sebaik keluar dari mahkamah di Kompleks Mahkamah hari ini
Ahmad Zahid Hamidi diiringi oleh penyokongnya sebaik keluar dari mahkamah di Kompleks Mahkamah hari ini

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. 

BERNAMA melaporkan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam. 

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa apa sekalipun kuasa Peguam Neogara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan. 

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram tidak ketinggalan memuat naik hantaran bagi menyatakan kesyukuran atas keputusan itu. 

It has been almost five years. Allah Maha Mengetahui. Semoga kalian semua yang mengikuti kes ini secara langsung atau tidak langsung tidak akan diuji dengan fitnah dan pertuduhan dunia yang penuh keji. Semoga kita semua diberikan pengampunan dan pengakhiran kehidupan yang terbaik dan mulia. 
 
“Semoga apabila kita dihidupkan dialam kubur kelak, kita ditempatkan bersama para solihin di taman-taman syurga. DAN juga, semoga kita semua dikurniakan perjalanan akhirat yamg baik, lancar dan ke syurga tanpa hisab,” katanya. 

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO berkata, ujian diterima itu mengajar mereka sekeluarga erti kesabaran dan kesetiaan.  

“Dari mana asal keturunan kita, bangsa kita, kepercayaan politik kita tidak akan menentukan syurga dan neraka kita kecuali penilaian dari Dia yg Maha Adil dan Bijaksana. 

"Terima Kasih Allah," katanya. - Getaran, 4 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Kenapa PAS Boleh, Tapi Bila UMNO Buat… - Ahmad Zahid

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mohon Gugurkan Pertuduhan Kes YAB, Bicara Sambung 1 Ogos

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mohon Pasport Dikembalikan Secara Kekal Untuk Jalankan Tugas Rasmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kes Yayasan Akalbudi: Perbicaraan Zahid Disambung Semula April Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad