web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Yayasan Akalbudi: Perbicaraan Zahid Disambung Semula April Depan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 12:15PM

Tarikh baharu perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi adalah dari 10 hingga 13 April; 15 hingga 18 Mei; 12 hingga 15 Jun; 24 hingga 27 Julai; 1 hingga 3, 7 hingga 10, dan 21 hingga 24 Ogos depan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melibatkan Yayasan Akalbudi akan disambung semula pada April.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Colin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini.

Tarikh baharu perbicaraan Zahid adalah dari 10 hingga 13 April; 15 hingga 18 Mei; 12 hingga 15 Jun; 24 hingga 27 Julai; 1 hingga 3, 7 hingga 10, dan 21 hingga 24 Ogos depan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba bersama rombongannya di kompleks mahkamah di sini kira-kira jam 8.45 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, manakala peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili tertuduh.

Hisyam pada 2 November tahun lalu memohon untuk mengosongkan perbicaraan, sementara menunggu rayuan Zahid di Mahkamah Rayuan.

Zahid, 69, memohon untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam perbicaraan beliau.

Beliau mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan akan dapat membantu pihak pembelaan menentukan bilangan dan turutan saksi mereka.

Zahid berdepan 47 pertuduhan, termasuk 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM31 juta dana YAB.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat pembayaran kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak polis.

Pertuduhan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat, dan denda jika sabit kesalahan. - The Vibes, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bicara Kes Komunikasi Jelik Lokman Adam Bermula 9 Oktober

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perjuangan Ini Akan Diteruskan, Buktikan Ia Semua Tuduhan Politik - Zahid

3

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

4

1 tahun yang lalu

Gagal Batal Pertuduhan Rasuah, Kes Wan Saiful Dibicara Mac 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan