web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fitnah PM Meninggal Dunia, Nurfaezah Bakal Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 9:23AM

Tangkap layar hantaran memfitnah Perdana Menteri yang dimuat naik di TikTok - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita, dikenali sebagai Nurfaezah Mohd Zain pasti ‘tak senang duduk’ ketika ini selepas tindakannya memuat naik poster ‘kematian’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial.

Didedahkan oleh pempengaruh X, YBX di handle @ybperpaduan, individu berkenaan dipercayai memuat naik hantaran terbabit di akaun TikTok miliknya, @sweet_purple1404. 

Video berkenaan dikatakan telah meraih 5,000 tanda suka dan lebih 400,000 tontonan.

Menerusi ciapan di X, YBX memberitahu, wanita itu telah dihubungi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Madani Rasmi untuk tindakan lanjut.

“Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun dibuat. Laporan polis akan menyusul.

“Kerana pulut santan binasa. Kerana jari badan binasa,” katanya.

Menerusi bebenang sama, YBX terlebih dahulu mendedahkan hantaran dimuat naik Nurfaezah.

“Biadab! Kenapa hati kau tu hitam sangat untit oi? Kau siap ada anak kecik kot weh. Teladan apa yang kau cuba nak tonjolkan ni?

“Kami benci Muhyiddin dulu pun, takde lah sampai buat poster, buat content TikTok cakap dia dah meninggal. 

“So far ada 7,500 likes & 550k views video ni kat TikTok. Umat kita dah terlalu tenat,” katanya, kesal. 

Sementara itu, tinjauan Getaran di TikTok mendapati, walaupun hantaran terbabit telah dipadamkan namun netizen masih mendesak agar tindakan diambil ke atas wanita terlibat.

Pengguna @dausdayah8582 menerusi satu video berkata, tindakan ke atas individu berkenaan akan tetap diteruskan.

@dausdayah8582 Membalas kepada @sweet_purple1404 SEMOGA BAGI PENGAJARAN PADA YG MEMBUAT FITNAH PADA PMX. HARAP PIHAK BERWAJIB AMBIK TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. #pdrm #pdrmmalaysia #pdrmterbaik?? #fypシ゚viral #koyak #fyp ♬ bunyi asal - ??Daus♥️Dayah? Afwa ♥️?

“@sweet_purple1404 walaupun kau dah delete kau punya video yang kau fitnahkan pasal PMX kita meninggal, mati siap buat salam arwahlah apa benda, tindakan akan tetap diambil. Kau tak boleh lari.

“Inilah dia saya nak rakyat tengok betapa teruknya doktrin pembencian yang ditanamkan Perikatan Nasional (PN) kepada orang-orang seperti @sweet_purple1404 ni,” tegasnya. 

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna bersetuju agar tindakan diambil ke atas wanita itu, sebagai satu pengajaran.

Shahrastani berkata, sekadar memohon maaf tidak cukup untuk menyelesaikan isu itu.

“Kena sumbat dalam penjara. Cukup kurang ajar. Tak hormat langsung Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 19 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global