web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengamal Media Dan Saluran Berita, Sila Rujuk Kod Kandungan - MCMC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Sep 2023 8:41AM

Kod Kandungan memberi panduan jelas kepada pengamal media mengenai standard kandungan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengamal media dan saluran berita perlu merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas, berhubung standard kandungan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Jurucakap Unit Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pematuhan Kod Kandungan oleh pengamal media menjamin penerbitana laporan yang bertanggungjawab, dan mengelak daripada melangkaui batas kebebasan bersuara.

Menurut beliau, garis panduan yang digariskan dalam Kod Kandungan menggalakkan pendekatan bertanggungjawab dalam peruntukan kandungan dan prosedur kawalan kendiri.

“Pendekatan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi, dan pertumbuhan sihat dalam industri. 

“Dengan mengikuti garis panduan tersebut, saluran-saluran berita boleh menyumbang kepada suatu wacana yang lebih seimbang dan termaklum, bebas daripada sebarang manipulasi dan maklumat yang kurang tepat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan berita portal MalaysiaNow, berhubung pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

“Merujuk juga kepada hantaran Facebook oleh wartawan kanan, Datuk A Kadir Jasin, MCMC ingin menekankan kepentingan pelaporan tepat yang merujuk konteks sebenar ucapan disampaikan di Parlimen, tanpa menggunakan kandungan berkenaan bagi tujuan menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi. 

“Pemerhatian MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan,” katanya.

Justeru jelas beliau, MCMC menggesa pelaporan bertanggungjawab, yang menekankan kepada ketepatan konteks liputan berita. 

“Adalah penting bagi pengamal media untuk mempraktikkan pertimbangan yang beretika dan mengelakkan daripada menggunakan kandungan berita sebagai senjata untuk menyebarkan maklumat palsu,” katanya. - Getaran, 23 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini