web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Dilanggar Kerana Tegur Dia Jangan Parkir Di Petak OKU’ - Aktivis

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:07AM

Tangkap layar foto individu yang dipercayai melanggar Dr Noraishah Mydin Abd Aziz - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis masyarakat nyaris mengalami kecederaan serius, hanya kerana beliau menegur pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU).

Lebih mengejutkan, insiden terbabit berlaku sewaktu aktivis berkenaan, Dr Noraishah Mydin Abd Aziz yang juga pesakit Spina Bifida sedang berada di atas kerusi roda.

Menerusi pendedahan di X bekas Pensyarah Perubatan di sebuah universiti tempatan itu berkata, kejadian tersebut berlaku di tempat parkir OKU milik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

“Kerusi roda saya dilanggar sewaktu saya masih berada di atasnya, antara kereta saya dan kenderaan milik pemandu itu yang diparkir di petak OKU.

“Tanpa penguatkuasaan Akta OKU 2008, apa yang sah dan apa yang tidak @AzalinaOthmanS,” katanya menerusi ciapan di X.

Selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Noraishah menerusi bebenang turut memetik nama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya, pembaharuan dibawa Kerajaan Perpaduan masih gagal menjaga kebajikan golongan OKU dengan baik.

“Bila nak enforce AKTA OKU 2008? Part ni kita memang langsung tak MADANI,” katanya, kesal.

Tegas Noraishah, Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya boleh mengambil langkah untuk memastikan petak OKU tidak disalah guna.

At the very least @radzi_dr @DrZalihaMustafa sila lah kawal parking OKU di hospital - hospital kerajaan dan hospital - hospital BADAN BERKANUN seperti PPUM dan PPUKM. Takkan itu pun tak boleh kot,” katanya.

Mengakui terkejut dengan peristiwa tidak diduga itu, beliau mengesahkan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.

“Terkejut. Physically ok. Masih tak percaya boleh berlaku di kawasan hospital. Di kawasan parkir OKU. Bila masa menteri-menteri bertanggungjawab nak ambil tanggungjawab. Seperti saya berkata berulang kali, parkir OKU tidak dihormati,” katanya.

Tinjauan Getaran pada bebenang sama mendapati, majoriti netizen turut mengakui penguatkuasaan akta dan peraturan OKU di Malaysia masih terlalu lemah.

Aji Kamprett di handle @gialimario misalnya berkata, tahap timbang rasa terhadap OKU di negara ini masih terlalu lemah.

“Tahap kesedaran dan timbang rasa terhadap OKU di Malaysia masih terlalu rendah.

“Selagi mana akta OKU tidak dilaksanakan, selagi itu Malaysian secara amnya masih bersikap acuh tak acuh,” katanya. - Getaran, 2 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global