web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Roger Ng Tumpu Penjualan Bon Dipercayai Guna Dana 1MDB - KPN

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2023 4:55PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, akan menjurus kepada modus operandi penjualan nota sekuriti dan bon milik lelaki itu, yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Tanpa mendedahkan nilai keseluruhan aset milik Roger Ng, beliau berkata, maklumat mengenai modus operandi itu penting, termasuk mengetahui jika terdapat individu lain yang terlibat.

“Kami akan menyoal siasat Roger Ng pada hari ini dan melihat modus operandi penjualan bon dan berapa komisen yang diterimanya.

“Selain itu, polis juga akan membeku dan menyita segala akaun dan aset yang dimiliki oleh Roger Ng di luar negara, termasuk aset fizikal seperti pembelian rumah, kereta dan bangunan, serta aset bukan fizikal seperti akaun bank yang dimilikinya di sana (luar negara),” katanya.

Bercakap pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini, Razarudin berkata, susulan penahanan Roger Ng, pihaknya menjangkakan lebih banyak aset berkaitan 1MDB di luar negara, akan diperoleh semula.

Beliau berkata, lelaki itu kini dalam tahanan dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta tiada had masa diberi untuk polis menjalankan siasatan sebelum diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Media tempatan melaporkan, Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.

“Kami mengharapkan kerjasama yang baik daripada Roger Ng dan kita dimaklumkan bahawa dia sudah dijatuhkan hukuman di Amerika Syarikat selama 10 tahun, dan kita dibenarkan bawa balik Roger Ng untuk siasatan 1MDB,” kata Razarudin.

Rakaman dan kertas siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat semasa Roger Ng dijatuhkan hukuman di negara itu juga, akan diguna untuk membantu siasatan kes berkenaan, katanya, sambil memberitahu siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001.

Ditanya mengenai keberadaaan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Razarudin berkata: “Hanya soal siasat dengan Roger Ng, kita akan tahu sekiranya ada penglibatan suspek-supek lain dalam kes berkenaan termasuklah lokasi Jho Low,” katanya.

Mengenai peguam yang juga bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan 1MDB, Ketua Polis Negara berkata, polis sedang berusaha mendapatkan semua aset bernilai RM93.2 juta milik wanita itu, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata, PDRM mendapat kerjasama dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), untuk mendapatkan kesemua aset 1MDB di luar negara.

“Kami masih berusaha untuk mendapatkan harta-harta 1MDB antaranya dua bangunan di Singapura serta akaun bank dan sembilan lukisan di Amerika Syarikat,” katanya sambil memberitahu siasatan SPRM terhadap wanita itu sudah selesai dan kertas siasatan dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Loo, dipercayai adalah individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low, ditahan pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah