web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilarang Kutip Derma Di Perlis, Benarkah Aman Palestin Ada Agenda Tersembunyi?

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 9:53AM

Situasi yang semakin genting di Palestin menyebabkan banyak NGO tidak sah mula mengambil kesempatan untuk mengutip derma - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serangan Israel yang semakin menggila ke atas Semenanjung Gaza sekali lagi membuatkan Palestin dan rakyatnya dihimpit pelbagai kesukaran.

Bedilan roket serta dentuman bom membuatkan Palestin bermandi darah dan amat memerlukan pelbagai bantuan, khususnya bekalan perubatan.

Serentak dengan itu seperti biasa, pelbagai platform derma mula kelihatan, merayu sumbangan rakyat Malaysia, kononnya untuk disalurkan kepada pihak memerlukan di Palestin.

Bumi Palestin yang kian ranap angkara serangan berterusan rejim Zionis - gambar Anadolu
Bumi Palestin yang kian ranap angkara serangan berterusan rejim Zionis - gambar Anadolu

Paling termasyhur sudah tentulah Aman Palestin yang sejak ditubuhkan pada 2006, rancak mengutip derma dan mengadakan pelbagai projek atas nama kemanusiaan.

Tidak hanya terhad kepada Palestin, syarikat yang berdiri atas konsep tidak berteraskan keuntungan (non profit organisation) ini turut terbabit menyalurkan bantuan ke Lubnan serta Syria, semuanya dikatakan hasil sumbangan dan kutipan daripada orang ramai.

Satu ketika dahulu, kesahihan derma yang disalurkan Aman Palestin pernah menimbulkan keraguan, apatah lagi dengan pendedahan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Walid Abu Ali pada 18 Februari 2020 dipetik sebagai berkata, sumbangan dihulurkan rakyat Malaysia untuk pembangunan dan pembebasan Masjid Al Aqsa tidak pernah sampai kepada pengurusan Palestin.

Jelasnya, derma dan dan sumbangan itu sepatutnya sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin.

Selepas beberapa lama, keraguan mengenai operasi Aman Palestin kembali timbul, menyusul larangan dikeluarkan kerajaan negeri Perlis.

Menerusi surat rasmi dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis diminta melarang sebarang kutipan derma di bawah nama Aman Palestin.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos 2023 itu berkata, ada hal yang tidak jelas melibatkan Aman Palestin dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Katanya, larangan tersebut kekal sehingga siasatan dan kepastian diperoleh.

Sementara itu, pempengaruh Facebook, Aliff Ahmad menerusi satu hantaran berkata, dia pernah disaman kerana didakwa memfitnah Aman Palestin.

“Alhamdulillah suara aku sampai kdpada pihak Mufti Perlis. Aku pasti Jabatan Mufti Perli telah menyiasat dan mengakui fakta-fakta yang aku keluarkan adalah sahih dan sarih, valid and verified.

“Aku masih tak lupa yang CEO Aman Palestin menipu Ketika buat press conference kata SSM allow diorang tak audit tetapi setelah aku Semak dengan SSM, kenyataan tersebut adalah dusta! Tiada permohonan maaf dan pengakuan bersalah sampai hari ini daripada mereka! So korang nak percaya Aman Palestin lagi? Silakanlah,” katanya.

Tinjauan Getaran di beberapa platform media sosial mendapati syarikat terbabit masih aktif melancarkan Gerakan mengutip derma.

Terkini, mereka menggunakan ‘Kecemasan Taufan Al Aqsa’ sebagai tajuk pada poster derma berkenaan, yang disasarkan untuk membantu menangani keadaan terkini di Palestin. - Getaran, 12 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aman Palestin: 3 Tertuduh Didakwa Untuk 164 Kesalahan

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Pempengaruh AZ Pemurah Mahu Terus Sorok Identiti, Bimbang Riak dan Takbur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'