web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belanjawan 2024: Sanusi Berterima Kasih Kepada PM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2023 5:46PM

Muhammad Sanusi bersama lebih 350 pemilik motosikal Honda Goldwing yang menyertai 19th Wingers Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar, di Alor Setar, Kedah. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar beberapa permintaannya dan disertakan dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI.

Biarpun sedikit terkilan berikutan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) langsung tidak disebut dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI semalam, Muhammad Sanusi berterima kasih kerana ada hasrat yang dimakbulkan seperti memulakan tanaman rintis padi lima musim dalam tempoh dua tahun di beberapa kawasan jelapang, termasuk di Kota Sarang Semut.

Katanya, beliau amat menghargai keprihatinann Anwar dan Kerajaan Persekutuan itu.

“Antaranya penanaman pagi lima kali dua tahun serta naik taraf infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah.

"Kita bukan berlawan 24 jam... Yang betul, kita kata betul dan yang salah kita katakan salah.

"Kawan kalau salah, tetapi kita katakan yang dia salah manakala musuh pula kalau dia betul, kita tetap akan kata dia betul. Tak payah 'kona' (pusing) banyak-banyak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan 19th Wingers Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar, dekat sini, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menaiki salah satu motosikal berkuasa tinggi yang menyertai 19th Wingers Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menaiki salah satu motosikal berkuasa tinggi yang menyertai 19th Wingers Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi

Lebih 350 pemilik motosikal Honda Goldwing dari beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Arab Saudi dan Malaysia, menyertai konvoi tersebut yang menjelajah ke beberapa kawasan menarik dalam negeri ini bermula semalam hingga esok.

Selain dua projek itu, Muhammad Sanusi turut menzahirkan penghargaan terhadap daya usaha kerajaan Persekutuan menaikkan skim subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya turut menghargai langkah kerajaan Persekutuan menaikkan harga lantai belian padi oleh pengilang daripada RM1,200 per metrik tan kepada RM1,300. Diharapkan langkah ini memberi sedikit kelegaan kepada petani-petani kita.

"Terima kasih juga cadangan kerajaan Persekutuan membangunkan blok baharu pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan serta pelaksanaan program transformasi bas henti-henti di daerah Kota Setar," katanya.

Bercakap mengenai KXP, Muhammad Sanusi berkata, beliau berharap projek tersebut akan disebut dalam belanjawan tahun depan.

"Kalau tak sebut dalam belanjawan pun, sebut dalam majlis lain pun boleh. Saya sentiasa berharap agar KXP menjadi realiti kerana kita sudah sediakan semua, cuma tunggu kelulusan dari kerajaan Persekutuan saja.

"Saya sendiri pun dah minta banyak pihak mewakili kerajaan negeri untuk ke sana sini bagi menjayakan projek itu.

Bukan semua Sanusi kena buat kerana kalau Sanusi buat semuanya, benda jadi panas dan disebabkan itu, saya hantarlah orang lain," katanya. – Getaran, 14 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi