web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Tentera Malaysia Dihantar Ke Palestin - Markas ATM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:24AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada anggota tentera dihantar ke Palestin untuk membantu menangani serangan ganas rejim Zionis.

Jurucakap Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, pihaknya mengesan penularan satu video yang dimuat naik di TikTok, didakwa melibatkan pasukan keselamatan negara itu.

Katanya, video berkenaan dimuatnaik @adamjohan64, memaparkan sepasukan 1,000 anggota ATM yang kononnya dihantar bertugas ke Palestin.

“Video berdurasi 1 minit 36 saat ini dimuatnaik semalam menerusi pautan  https://www.tiktok.com/@adamjohan64/video/7289646712036150530? =1& t=8gWzup
PDTke.

“ATM telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia adalah sebuah video lama mengenai anggota ATM yang ditugaskan ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada tahun 2022,” katanya.

@wawan.wiradinata♬ suara asli - Wawan Wiradinata

Tegas jurucakap itu, maklumat disampaikan pengguna TikTok berkenaan jelas tidak benar dan boleh mengundang kekeliruan ramai.

“Masyarakat diminta supaya tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.

Tinjauan Getaran mendapati, video asal sudah dipadam oleh individu terbabit, namun  salinan yang diulang siar oleh puluhan pengguna lain masih aktif di platform berkenaan. - Getaran, 16 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'