web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan RM50 Juta Untuk Projek Tebatan Banjir Di Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 12:16PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (empat dari kiri) diberi penerangan mengenai perkembangan Projek Kerja-Kerja Memulihkan Saliran ketika lawatan kerja ke Taman Delima dan Taman Anggerik, Rembau, hari ini. gambar FB NRECC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Peruntukan sebanyak RM550 juta disediakan kerajaan bagi Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi di tiga kawasan bagi menyelesaikan masalah banjir di Negeri Sembilan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Jelai, Kuala Pilah; Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Solok, Port Dickson.

Katanya, sejumlah RM200 juta diperuntukan bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) membabitkan lima projek iaitu RTB Sungai Chempedak, Jelebu; RTB Sungai Raya, Port Dickson; RTB Sungai Batang Labu, Seremban serta projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4, Seremban dan Sungai Pedas, Rembau yang dijangka siap pada 2026.

"Projek Berkeutamaan Tinggi akan mempercepatkan proses perolehan bagi menyelesaikan isu banjir. Kementerian berusaha sebaik mungkin dalam menguruskan projek tebatan banjir yang paling besar iaitu berkeutamaan tinggi sehingga kerja-kerja pembinaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tapak pemulihan saliran di Taman Delima dan Taman Anggerik di sini, hari ini.

Ia melibatkan skop kerja memulihkan tebing Sungai Simin sepanjang 55 meter dan pembaikan longkang outlet dengan kos projek sebanyak RM730,600 menggunakan Peruntukan Pembangunan Persekutuan.

Nik Nazmi berkata, kerja pemulihan tersebut bermula pada 3 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 21 Disember depan dan projek dijangka dapat memanfaatkan seramai 550 penduduk di dua taman berkenaan dengan dapat mengelak daripada risiko kejadian banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menerima peruntukan RM5 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan 101 kerja kecemasan luar jangka melibatkan pelbagai daerah yang dapat memanfaatkan kira-kira 120,000 penduduk di negeri ini. 

Katanya, daripada jumlah itu, 42 kerja sudah siap dilaksanakan, manakala 22 masih dalam pembinaan dan 37 dalam proses perolehan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad