web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'LPK Mengecewakan, Tolonglah Jangan Berdolak Dalih' - Maritime Network

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 10:16AM

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyendran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) didakwa mengambil tindakan yang ‘mengelirukan’ sehingga menyebabkan imej sebuah syarikat perkapalan terjejas.

Melahirkan kekecewaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyendran berkata, LPK mendakwa syarikat miliknya mengabaikan tahap keselamatan apabila membenarkan kapal bersaiz besar berlabuh.

Menurut beliau, tindakan tersebut pada hakikatnya hanya dibuat selepas Maritime Network memperoleh kebenaran bertulis daripada LPK.

“Kapal bersaiz besar milik pelanggan Maritime Network itu berlabuh kerana kami telah memperoleh kebenaran bertulis LPK.

“Sekarang LKP dakwa pula kami mengabaikan tahap keselamatan dan melanggar peraturan yang dibuat. Apa sebenarnya yang betul sekarang? Mengapa kami pula dipersalahkan sedangkan kebenaran bertulis telah diperoleh,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Jelas Jeyendran, Maritime Network yang sudah bertapak lebih 20 tahun di negara tidak pernah melanggar sebarang peraturan perkapalan, sebaliknya semua urusan dibuat dengan telus dan terbuka.

“Apabila LPK mendakwa kami melanggar peraturan, ia menjejaskan nama baik syarikat kerana kenyataan itu mengandungi unsur fitnah,” katanya.

Tegas beliau, LPK perlu memberi penjelasan menyeluruh, termasuk mengenai kebenaran bertulis yang diberikan kepada Maritime Network sebelum ini, agar perkara seumpama itu tidak berulang lagi di masa akan datang.

“Dakwaan LPK itu dibuat selepas saya secara terbuka mendakwa LPK lembab dan memohon campur tangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,” katanya.

Terdahulu menerusi kenyataan terbuka itu, Jeyendran menggesa LPK bersikap lebih professional ketika berurusan dengan pelanggan.

LPK didakwa telah memberikan kebenaran bertulis untuk kapal bersaiz besar berlabuh - gambar hiasan
LPK didakwa telah memberikan kebenaran bertulis untuk kapal bersaiz besar berlabuh - gambar hiasan

Ia susulan kegagalan pihak berkuasa pelabuhan itu berkomunikasi dengan baik, melibatkan satu emel yang dihantar Maritime Network pada 16 Oktober lalu.

Mengulas lanjut Jeyendran berkata, emel berkenaan menyentuh mengenai kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan di Pelabuhan Klang.

“Kami meminta jasa baik LPK memberikan jadual waktu terbaik untuk kapal berlabuh bagi tempoh tiga bulan, malangnya tiada sebarang maklum balas diterima walaupun kami telah menunggu beberapa hari,” katanya.

Dakwaan Jeyendran tersebut dinafikan LPK yang memberitahu, mereka telah memanjangkan perkara itu kepada Northport agar segala butiran diperlukan dapat diambil daripada Maritime Network, termasuk jangkaan kedalaman kapal bagi menyediakan jadual air pasang/surut dalam tempoh tiga bulan.

Dakwa LPK, jadual air pasang/surut biasanya akan diberikan kepada ejen seminggu lebih awal, bukan tiga bulan seperti diminta oleh Maritime Network.

Jawapan LPK itu bagaimanapun tidak diterima oleh Jeyendran yang mendakwa lembaga terbabit cuba berdolak dalih.

“Bila isu ini diterbitkan media, barulah mereka memberi jawapan kepada saya, atau lebih tepat lagi, 30 minit selepas perkara ini tersiar.

“Kegagalan komunikasi ini amat membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan aspek keselamatan kapal dan pelabuhan,” katanya.

Getaran sedang berusaha untuk mendapatkan respon LPK berkenaan perkara ini tetapi masih belum berhasil. – Getaran, 22 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perarakan Kapal Berhias Warnai Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

7 Rakyat Malaysia Selamat, Kapal Pelancong Karam Di Indonesia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

9 Kru Hilang Kapal Terbalik Di Perairan Sebuyau

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan