web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Freedom for Palestine' Acara Untuk Semua, Perlu Jaga Tatasusila - Dr Musa

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 10:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan laungan takbir pada perhimpunan Freedom for Palestine anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) Ahad lalu bukan bertujuan menyekat peserta atau menidakkan kesucian agama Islam.

Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, perhimpunan berkenaan disertai rakyat berbilang agama, justeru VPM tidak mahu laungan berkenaan menyebabkan penganut agama lain merasa tersisih.

Menurut beliau, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Badlishah Sham Baharin pada awal ucapan mereka turut melaungkan kalimah Allahuakbar.

“Ramai peserta yang turut melaungkan kalimah sama. Kami tidak menghalang cuma pengacara majlis mengingatkan Freedom for Palestine ialah acara yang melibatkan peserta pelbagai agama dan kepercayaan. Justeru, laungkanlah kalimah atau perkataan yang boleh digunapakai semua orang,” katanya, menerusi bebenang di X.

Jelas Dr Musa, VPM cuba mengawal suasana agar tidak dicemari dengan sebarang insiden luar jangkaan, memandangkan Freedom for Palestine ialah sebuah perhimpunan aman.

Dr Musa Nordin - gambar Facebook
Dr Musa Nordin - gambar Facebook

“Rakaman ‘Zionis’ itu sudah disunting. Saya tidak melabelkan beliau sebagai Zionis. Saya cuma terangkan yang kita perlu menjaga adab dan tatasusila ketika berhimpun.

“Ini selaras dengan syarat dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengawal ketenteraman ketika acara perhimpunan kemanusiaan diadakan,” katanya.

Tegas beliau, PDRM memberi arahan yang jelas kepada petugas keselamatan untuk mengambil tindakan terhadap sebarang ucapan atau poster berunsur kebencian dan provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang.

“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami. 

“Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami,” katanya.

Getaran semalam melaporkan, Freedom for Palestine yang diadakan di Dataran Merdeka dianggap gagal mencapai objektif sebenar.

Ia katanya hanya gah pada nama, tetapi tidak pada pengisian dan impak ke atas peserta.

Pelbagai ‘syarat pelik’ dikenakan penganjur merencatkan suasana, malah ia turut dicemari dengan kata-kata kesat Dr Musa yang melabel peserta berperangai seperti Zionis.

Rakaman kata-kata beliau itu dimuat naik di X oleh seorang peserta, dikenali sebagai Syed Ziman.

Ia memperlihatkan Dr Musa dengan jelas melabel beberapa peserta sebagai berkelakuan seperti Zionis kerana melanggar syarat ditetapkan.

“Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Kami agak kecewa dengan beberapa individu di sebelah sana yang berperangai seperti Zionis-Zionis. Ini adalah budaya kita. Ini adalah perhimpunan awam. This is a peaceful rally.

“We don’t want issues here. If you have a very strong message, you can go ahead and do your own rally. We have no issues to that,” katanya menerusi rakaman tersebut.

Sekadar info, Dr Musa bukan nama baharu dalam sebarang misi atau kerja-kerja kemanusiaan. 

Permohonan maaf VPM selepas insiden ketika acara Freedom for Palestine
Permohonan maaf VPM selepas insiden ketika acara Freedom for Palestine

Beliau adalah pengasas Pasukan Bantuan dan Tindakan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) yang ditubuhkan pada 2014, khusus bagi menawarkan bantuan perubatan ke kawasan bencana atau komuniti memerlukan.

Dr Musa juga menubuhkan Rumah Solehah, bagi memberi perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak yang menghidap HIV atau AIDS.

Beliau juga adalah pakar kanak-kanak bertugas untuk OrphanCare, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewujudkan baby hatch pertama di Malaysia. 

Dr Musa juga ialah penerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup yang diberikan Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) di Turkiye, atas jasa beliau dalam misi kemanusiaan. - Getaran, 24 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'