web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Pakej Badal Haji, 'Jangan Mudah Percaya Kalau Bawah RM5,000'

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 9:34AM

Penipuan pakej Badal Haji kerap kali dilaporkan di negara ini kerana ia mendapat permintaan tinggi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibadah Badal Haji sememangnya mendapat permintaan tinggi di negara ini, bagi membantu waris atau ahli keluarga menyempurnakan Rukun Islam kelima itu untuk insan tersayang yang sudah meninggal dunia. 

Senario itu menyebabkan ia menjadi pilihan utama scammer untuk menjerat mangsa, khususnya untuk golongan terdesak yang mahu mendapatkan pakej pada harga murah. 

Menyedari hakikat ini, seorang pelajar di Madinah dikenali sebagai Muneeb menerusi bebenang di X berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan promosi Badal Haji untuk tahun 1445 H yang berharga di bawah RM5,000.

Jelasnya, harga serendah itu berkemungkinan besar adalah umpan sindiket yang mahu menjerat mangsa.

“Kos orang lokal Saudi buat haji pun harganya paling kurang 5 ribu riyal, dekat RM7k sekarang ni. Jadi mereka nak upah siapa?

“Ironinya, ada antara mereka yang promosi pun tak buat haji lagi. Mohon sebarkan supaya orang tua kita di kampung tak mudah percaya. Bagitahu juga mereka,” katanya.

Muneeb yang sememangnya terbabit secara langsung dalam menguruskan pelbagai aspek berkaitan Madinah seperti ziarah, pengangkutan atau penginapan berkata, seorang imam di kampungnya pernah ‘terjebak’ mempromosikan pakel palsu tersebut.

“Saya masih ingat ada seorang imam di kampung, semasa tahu saya belajar di Saudi. Tanya tentang badal haji yang selama ini orang suruh beliau promosikan. Dengan tanda harga RM1,500-RM2,000, saya boleh nyatakan yang itu dusta. 

“Berubah riak wajah imam itu menyesal kerana beliau telah promosikan sekian lama. Katanya; orang suruh kita promosikan,” katanya.

Mengulas mengenai poster Badal Haji  pada bebenang tersebut, beliau berkata, itu hanya contoh promosi yang sempat dilihat.

Poster pakej Badal Haji yang menimbulkan keraguan - gambar X
Poster pakej Badal Haji yang menimbulkan keraguan - gambar X

“Jika mereka benar melakukan dengan baik. Maka baiklah. Tapi kebanyakannya tidak. Kalau buka slot 1-2 boleh kita fikir lagi. Ini sampai 10-20 slot. Siapa yang nak buat badal tu?

“Banyak pembuat badal haji ini kena explain detail. Ini ialah tentang ibadah! Tiada tujuan saya nak menyerang poster asal dan pemilik. Tapi perlu  beri penjelasan yang sejelasnya,” tegasnya.

Mengulas lanjut Muneeb berkata, beliau telah menghubungi pemilik asal poster untuk mendapatkan keterangan lanjut, tetapi masih tidak menerima sebarang balasan.

“Saya telah tanyakan pemilik poster, macamana boleh murah sangat. Masih belum ada jawaban. Mana tahu boleh pergi haji murah kan,” katanya.

Beberapa netizen yang membalas bebenang itu mendedahkan, pakej terbabit turut dipromosikan di televisyen.

“Masalahnya siap boleh promosi dalam TV lagi,” kata @wanahmadrazwan. - Getaran, 30 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berhati-Hati Memilih Perkhidmatan Badal Haji

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi