web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penghantaran Pertama Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin Pada Jumaat

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 4:58PM

Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief, Jismi Johari (kanan) dan Ketua Misi Tinjauan Global Peace Mission, Syahrir Azfar Saleh pada sidang media penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Ops Ihsan kepada rakyat Palestin di Gaza. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghantaran pertama barangan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dijadual dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir melalui penerbangan kargo pada 9 malam esok.

Presiden, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata, penghantaran pertama itu melibatkan keperluan perubatan dan barangan lain sebanyak 20 tan, sebelum diikuti penghantaran kedua sebanyak 30 tan yang dijadual pada 10 November ini.

Beliau berkata, 50 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai hampir RM7 juta itu berjaya dikumpul menerusi Ops Ihsan oleh 45 badan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh 24 jam.

"Perjalanan bantuan tersebut akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish Mesir dan dibawa masuk melalui sempadan Rafah dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

"Kita jangka barangan itu sampai kepada rakyat Palestin dalam tempoh tiga hingga lima hari bermula esok bergantung kepada kebenaran untuk barang itu masuk ke Rafah," katanya pada sidang media penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Ops Ihsan kepada rakyat Palestin di Gaza di sini, hari ini.

Pelepasan bantuan kemanusiaan akan disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan ketua perwakilan asing.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, hampir 800 sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat terlibat dalam membantu urusan penerimaan, pengasingan, pengumpulan data hingga kepada penyusunan barangan di dalam kotak yang disediakan di gudang Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) di Sepang, Selangor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah