web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Kemanusiaan Pertama Malaysia Untuk Palestin Berlepas Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 9:45AM

Penghantaran pertama ini adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia untuk rakyat Palestin melibatkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas malam tadi.

Pesawat kargo itu berlepas kira-kira 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan.

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan acara pelepasan berkenaan berkata penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Ops Ihsan adalah bukti soladiriti rakyat Malaysia terhadap warga Palestin.

“Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakyat Malaysia tidak mengira agama, latar belakang politik dan ini semangat rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ini kita lihat soladiriti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, KLIA di sini.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan timbalannya Datuk Mohamad Alamin, Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali serta Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Pegawai berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Syed Iylia Hariz Al-Qadri  Syed Izman yang turut menyertai pasukan misi bantuan berkenaan berkata dia akan memberikan pelaporan berita terbaik untuk rakyat Malaysia mengikuti proses penghantaran bantuan kemanusiaan itu. 

Ini benda baharu dan kali pertama saya sertai misi kemanusiaan tetapi saya rasa syukur dapat sertai misi kemanusiaan ini dan akan berikan pelaporan terbaik,” katanya. 

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Ops Ihsan: Penghantaran Kedua Bantuan Buat Rakyat Palestin

2

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Palestin, Mu Tunggu Bantuan Kami Datang!

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Penghantaran Pertama Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin Pada Jumaat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Masuk Dalam Kereta, Irma Hasmie Menangis Teruk Di Turki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka