web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


19 Ahli Keluarga Terbunuh, Pensyarah USIM Harap Gencatan Senjata Di Gaza

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 4:58PM

Seluruh keluarga, pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia USIM, Waleed Almahallawi, 40, (kiri atas) serta isteri bersama empat anak termasuk berusia dua tahun terbunuh dalam serangan bom oleh tentera Zionis di Gaza pada 25 Oktober. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Wesam Almahallawi telah kehilangan 19 ahli keluarga susulan serangan yang sedang berlaku di Gaza.

Wesam yang berasal dari Palestin berkata, adik lelakinya, Waleed Almahallawi, 40, yang juga pelajar Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia USIM serta isteri dan empat anak saudaranya termasuk berusia dua tahun terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza pada 25 Oktober lalu.

Serangan itu menurutnya turut mengorbankan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapa saudaranya.

"Dalam kejadian tersebut, serangan bom Israel telah memusnahkan kediaman yang dihuni oleh keluarga termasuk 200 orang lagi penduduk Gaza," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan USIM, hari ini.

Wesam berkata, ibu dan bapanya, masing-masing berusia 65 dan 68 tahun serta adik lelaki dan dua adik perempuannya yang lain terselamat dalam serangan bom tersebut, namun sangat sukar untuk dihubungi berikutan konflik yang berlaku.

Beliau berkata, ahli keluarganya juga terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain yang masih tidak dimusnahkan oleh tentera Zionis bagi menyelamatkan diri.

"Saya perlu menunggu berhari-hari untuk mereka membalas mesej saya kerana Israel menghentikan semua rangkaian telefon dan Internet di Gaza. Setakat ini sudah empat hari saya tidak menerima apa-apa berita daripada adik perempuan saya yang berada di Utara Gaza.

"Saya berharap gencatan senjata dapat dilakukan dengan segera di Gaza. Penduduk Gaza, termasuk keluarga saya di sana, sedang berjuang untuk hidup," katanya.

Pertempuran di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi