web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tolong Hantar Suspek Ke Sabah, Biar Dia Belajar Bahasa Kami!’ - Verdon

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 9:25PM

Tangkap layar video pegawai keselamatan yang mengasari seorang penghantar barang, Jumaat lalu - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekerasan dilakukan seorang pegawai keselamatan terhadap penghantar barang baru-baru ini dianggap sebagai diskriminasi yang nyata ke atas penduduk Sabah.

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda berkata, insiden berkenaan sangat memalukan dan tidak boleh diterima.

Verdon Bahanda - gambar Facebook
Verdon Bahanda - gambar Facebook

Menurut beliau, siasatan ke atas insiden berkenaan perlu diteruskan oleh polis, bagi memastikan pelaku menerima hukuman yang setimpal.

“Bayangkan kita sudah merdeka 60 tahun, kita sudah sama-sama dalam Malaysia 60 tahun tapi masih ada ‘mangkuk hayun’ macam ini yang tidak tahu bahasa itu dari Sabah.

“Ini adalah perkara yang perlu diambil serius. Saya sebagai wakil rakyat dari Sabah sangat kecewa sebenarnya dengan tindakan pegawai tersebut dan juga diskriminasi yang berlaku dalam kejadian ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Dalam kejadian Jumaat lalu, penghantar barang terbabit dibelasah pegawai keselamatan tersebut, kerana terlebih dahulu didakwa berkasar dengan seorang pengawal keselamatan.

Bukan sekadar ‘tunjuk kuat’, suspek juga menuduh mangsa sebagai warga asing, hanya kerana loghat yang berbeza.

Mengulas lanjut Verdon berkata, beliau juga akan berbincang dengan rakan-rakan sejawat dari Sabah, untuk melihat jika ada keperluan perkara tersebut dibawa ke Dewan Rakyat.

“Kalau perlu kita bawa perkara ini dalam Dewan Rakyat kita akan bawa.

“Saya sangat serius dalam perkara ini sebab ini satu pencabulan terhadap integrasi nasional kita. Sepatutnya semua orang sudah faham kedudukan Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini adalah dalam satu negara dan kita mengenali antara satu dengan yang lain,” katanya.

Tegasnya, perkara itu tidak boleh diselesaikan dengan hanya memohon maaf. 

“Kalau yang buat hal ini didapati bersalah dan masuk dalam penjara, tolong hantar dia ke Sabah untuk dia belajar bagaimana orang Sabah ini bercakap.

“Bermaafan tidak akan beri kesedaran kepada masyarakat kita bahawa ini perkara yang serius,” katanya. - Getaran, 6 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global