web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boikot Kita Boikot Selektif, Kenapa Tak Boikot Rokok Juga? - Don Daniyal

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 9:53AM

Perkhidmatan e-Hailing Grab antara yang menjadi mangsa boikot kerana dikatakan menyokong Israel - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Boikot dilakukan sejumlah besar rakyat ketika ini lebih bersifat selektif dan memberi kemudaratan kepada pihak yang tidak bersalah.

Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biajid berkata, konflik kemanusiaan yang berlaku di Palestin sememangnya wajar menerima pembelaan masyarakat dunia, namun ia perlu dilakukan secara berhemah dan berilmu.

Menurut beliau, senario sebaliknya berlaku di Malaysia apabila ada segelintir rakyat bersikap melampaui batas.

“Nabi (Muhammad SAW) tak suka kita over. Jangan. Hari ni level kita dah sampai level ghuluw, dah sampai level siapa yang tak dak dok pakai muffler tak sokong Palestin. Jangan macam tu.

“Siapa yang dok kerja kat McDonald’s semua ni (sokong Israel), ohh mana boleh (buat macam ni). Kita zalim dengan kawan-kawan kita sesama Islam,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

@_wan5137 #LoveMyJob #SavePalestin #Pikrlirkan #SupportMekdiMalaysia #mekdimalaysia ♬ bunyi asal - Rizuan_Yusoff

Don Daniyal yang turut aktif sebagai pengacara pelbagai rancangan keagamaan menyatakan demikian sebagai mengulas isu boikot yang hangat diperkatakan mutakhir ini, serentak dengan kemarahan umat Islam terhadap rejim Zionis.

Jelas beliau, boikot sememangnya sudah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan sebahagian daripada sunnah, namun baginda meletakkan garis panduan yang cukup jelas serta teliti.

“Patut kalau kita boikot kita habaq (beritahu). McDonald’s, bulan ni kami boikot hampa (awak). Sebab apa? Kami nak bagi pengajaran dekat depa (mereka). Hampa jangan risau, bulan depan kami sokong hampa balik, anak-anak kami dok bayaq (bayar) zakat dengan duit hampa.

“Ada pulak geng kata ooo toksah (jangan) Ustaz. Memang la depa buat kat kita lagu (macam) tu, bagi kita rasa kesian kat depa tu kita beli. Kita kata, bawak mai kat saya company orang Islam yang boleh lawan (Israel).

“Bukak fried chicken pun tutup, bukak pasar malam pun malas nak meniaga, buat sikit ja, masak tak sedap lepas tu suruh orang sokong, tak mau perelok (perbaiki) skill kita masak. Ha lepas tu macam mana nak lawan? Lepas tu suruh orang terima takdir masing-masing. Mana boleh,” tegasnya, panjang lebar.

Don Daniyal Don Biyajid - gambar Flickr
Don Daniyal Don Biyajid - gambar Flickr

Senario tersebut tambah beliau, diburukkan dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil pendekatan lebih ekstrem termasuk merosakkan harta benda atau peralatan milik restoran makanan segera terlibat, malah menghina petugas di situ.

“Jadi pecahkan meja, kerusi, nampak budak-budak McDonald’s hina, ish ni boikot apa ni? Ghuluw, over. Oh saya bila makan burger teringat darah anak-anak (Palestin). La Hawlawala Quwwata Ila Billah.

“Dia ghuluw, over. (Kena) Tegoq (tegur), tak boleh (dibiarkan). Kena bagitau jangan (buat begini),” katanya.

Don Daniyal turut mempersoalkan sikap majoriti rakyat yang masih memilih untuk menggunakan pelbagai aplikasi dibangunkan syarikat, sedangkan diketahui ramai mereka sememangnya menyokong Zionis.

And then satu lagi nak tanya, kita semua dok cerita boikot-boikot ni semua, hat yang saham orang dok sembang tu kita tak boleh bukti pun duit tu beli peluru

“Yang terang-terang tuan-tuan punya instagram bagi sumbangan RM3 juta, tuan-tuan punya FB (Facebook) bagi sumbangan RM3 juta, WhatsApp bagi sumbangan, kenapa masih guna,” katanya, sinis.

Rangkaian restoran makanan segera McDonald's antara yang menjadi mangsa boikot - gambar fail
Rangkaian restoran makanan segera McDonald's antara yang menjadi mangsa boikot - gambar fail

Boikot sedemikian kata Don Daniyal, jelas menggambarkan ia adalah perbuatan selektif yang mengecualikan sesuatu perkara demi manfaat sendiri.

“Jadi boikot hari ni boikot selektif. Tuan yang search Gaza dalam Google, takdak Google map tuan tak sampai kenduri, ha tu pasal apa tak boikot? Pasal apa yang dok guna tu semua tak cakap pun pasal boikot?

“Nu (tu) hat boikot tu, satu kotak rokok pun takdak jenama rokok untuk nak boikot  Nampak hat yang dok boikot tu pun kaki hisap rokok jugak. Ha selektif. Tak bolehlah macam itu.Mana boleh macam itu. Kita pergi semua orang bertengkar, bergaduh jadikan semua tu sebagai isu, walhal isu yang patut sama-sama kita  pertahankan di kalangan kita ialah jom sama-sama mai mengaji (belajar) (di) masjid, jom sama-sama kita pertingkatkan pengetahuan kita tentang Palestin dan Gaza,” katanya. – Getaran, 13 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global