web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Diwartakan Sesat, Tapi Masih Aktif 'Berdakwah'

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 10:31AM

Mhd Mohib Khouli Nazem - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meski sudah difatwakan sesat, pengasas ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem dilihat masih berdegil apabila masih aktif menyampaikan ‘kuliah’ menerusi media sosial, khususnya Facebook.

Perbuatan tersebut dilihat seolah-olah sengaja mencabar undang-undang, khususnya Jabatan Agama Islam Terengganu dan Jawatankuasa Fatwa Terengganu.

Pemerhatian Getaran mendapati, ‘kuliah’ terbaru beliau yang disampaikan menerusi penstriman langsung dibuat sekitar 16 jam lalu, sedangkan ajaran dibawanya sudah difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Terengganu, 16 November lepas.

Mhd Mohib menerusi hantaran berbeza turut menyifatkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Mendakwa keputusan berkenaan sebagai tidak berasas, Mhd Mohib berkata, jawatankuasa terbabit turut melemparkan fitnah apabila menuduh dia menyebarkan fahaman kononnya Allah SWT memiliki anak.

Tegasnya, kenyataan itu amat berbahaya kerana adalah jelas dan nyata Allah SWT bersifat Esa atau Tunggal.

Menerusi hantaran sama, Mhd Mohid juga mendakwa dia hanya memberikan tafsiran ayat empat dari Surah Azzumar.

“Saya tidak pernah mendakwa Allah ada anak. Astaghfirullah, tetapi ternyata itu satu tuduhan yang amat bahaya dari pihak Jabatan Agama Islam Terengganu, yang mereka hanya ingin fitnah saya semata mata dan burukkan lagi imej saya, sedangkan yang saya kata adalah tafsir ayat empat Surah Azzumar:

لَّوْ أَرَادَ اللَّهُ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا لَّاصْطَفَىٰ مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ سُبْحَانَهُ ۖ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (4)

“Dalam ayat ini jelas bermaksud ‘jika kalau Allah hendak mengambil anak’. Tetapi Allah sudah pasti tidak ada anak,” tegasnya.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron pada 17 November lalu dipetik sebagai berkata, Jawatankuasa Fatwa Terengganu yang bersidang buat kali ke-15 pada 30 Ogos memutuskan ajaran dibawa Mhd Mohib bercanggah dengan tonggak akidah Islam iaitu al-Asya’irah dan al-Matrudiyyah.

Dr Mohamad Sabri Haron - gambar Facebook
Dr Mohamad Sabri Haron - gambar Facebook

“Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diwartakan menerusi Warta Kerajaan pada 16 November lalu sebagai sesat lagi menyesatkan.

“Ciri-ciri penyelewengan termasuklah mendakwa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jka Allah SWT mengkehendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya,” katanya.

Warta dikeluarkan Jabatan Fatwa Terengganu
Warta dikeluarkan Jabatan Fatwa Terengganu

Tegas Mohamad Sabri, dakwaan seumpama itu merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami bahawa Allah SWT harus mempunyai anak, sedangkan ia adalah mustahil.

“Ajaran itu juga mendakwa pentakwilan ayat-ayat sifat Allah SWT yang diterima pakai oleh aliran ulama' al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah seperti Istiwa', Wajh, Yad dan seumpamanya adalah sesat, sama kedudukannya seperti ajaran kumpulan Mu'tazilah dan Jahmiyyah.

"Mhd Mohib juga mendakwa golongan al-Asya'irah adalah sama dengan golongan Yahudi, Jahmiyyah, Mu'tazilah, Musyrikin dan penyembah lembu, selain mendakwa akidah ulama al-Asya'irah seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam al-Syahrastani dan Sultan Ulama I'zzuddin Ibn 'Abd al-Salam adalah sama pegangan dengan akidah puak sesat Jahmiyyah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ia dipenuhi sokongan pengikut yang masih ‘setia’, malah mereka mendakwa ‘pendakwah’ tersebut dibenci kerana cuba menyampaikan kebenaran.

Lebih membimbangkan, ada juga kalangan pengikut berkenaan menganggap Jawatankuasa Fatwa Terengganu sebagai jahil kerana membuat keputusan seumpama itu. – Getaran, 19 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

2

Semasa 7 bulan yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

3

Semasa 7 bulan yang lalu

4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan