web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peronda AKLEH Maut Dirempuh Pacuan 4 Roda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 11:02PM

Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat kecederaan dalaman kerana tiada sebarang luka luar dilihat pada tubuh mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang petugas peronda Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) maut dalam satu nahas membabitkan lima kenderaan di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Zulkefly Yahya berkata, nahas di Kilometer (KM) 5.7, Lebuh Raya Akleh menghala ke Ampang itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Azman Junin, 55 dan rakannya sedang bertugas mengawal lalu lintas, susulan sebuah kemalangan lain yang berlaku lebih awal.

Menurut beliau, nahas pertama berkenaan melibatkan sebuah Proton Saga yang terbabas.

“Turut berada di lokasi kejadian ialah tiga orang awam yang membantu, dan ketika itu, datang sebuah pacuan empat roda jenis Tucson, yang dipandu seorang wanita merempuh kesemua kenderaan yang berada di situ.

“Rempuhan itu mengakibatkan Azman maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi rakan setugasnya, Mohd Rahmad Che Bulat @ Che Mud, 41 mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini malam tadi

Turut mengalami kecederaan ialah lima individu lain, termasuk pemandu Tucson itu yang patah tangan kiri dan cedera di kaki kiri.

Zulkefly berkata, kematian Azman dipercayai berpunca akibat kecederaan dalaman kerana tiada sebarang luka luar dilihat pada tubuh mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat dijangka dijalankan selepas saringan COVID-19 selesai dilakukan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki