web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjenayah Sapa 'Hai' Sebelum Larikan Barang Kemas RM178,000

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 12:53PM

Jenayah dilakukan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Seperti seorang pelanggan, seorang lelaki sempat menyapa pekerja sebuah kedai emas di sini sebelum melarikan barang kemas bernilai RM178,000, petang semalam.

Lelaki itu yang membawa bersamanya senjata api jenis ‘pump gun’ dan kapak, sebelum itu memecahkan cermin kotak pameran di kedai emas berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.10 petang semalam.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Langgar, dekat sini dengan suspek yang memakai topi keledar putih dan membawa beg badminton, pada mulanya dilihat berjalan kaki memasuki kedai tersebut.

"Sebaik masuk, dia menyapa pekerja kedai yang merupakan seorang wanita dengan perkataan 'hai'. Suspek kemudiannya meletakkan beg badminton dibawanya ke lantai sebelum mengeluarkan selaras 'pump gun'.

"Senjata itu kemudiannya diacukan kepada pekerja wanita tersebut sebelum digalas di kiri badannya. Dia lalu mengeluarkan kapak dan berusaha memecahkan cermin ruang pameran barangan kemas," katanya.

Setelah beberapa kali mencuba katanya, cermin pameran itu pecah dengan suspek yang memakai sarung tangan putih membawa keluar dua dulang barangan kemas mengandungi 32 utas rantai emas bernilai RM178,000.

"Suspek lalu memasukkan barang kemas ke dalam beg dan terus keluar dari kedai. Dia dipercayai berlalu pergi dengan menaiki sebuah motosikal," katanya.

Tambahnya, keseluruhan kejadian itu hanya mengambil masa kira-kira tiga minit.

"Kejadian berlaku ketika tiada pelanggan dalam kedai. Ketika kejadian, terdapat tiga individu berada dalam premis tersebut iaitu pekerja wanita berkenaan, seorang wanita lain yang merupakan pengurus kedai dan seorang lelaki iaitu anak pemilik kedai," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 (Menunjukkan senjata api dalam melakukan kesalahan berjadual/ Rompak). – Getaran, 4 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi