web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Ganjaran Lumayan, 'Influencer' Sakan Promosi Judi Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 5:19PM

Pempengaruh ini tidak ketinggalan mempromosi aktiviti judi dalam talian, khususnya MZ Play - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ganjaran lumayan yang menanti dipercayai antara punca sekumpulan pempengaruh media sosial terbabit dalam kegiatan promosi judi dalam talian.

Menggunalan akaun media sosial masing-masing khususnya TikTok dan Instagram, mereka dikesan mempromosikan pelbagai tawaran disediakan platform judi berkenaan.

Seorang daripada pempengaruh itu juga tanpa segan silu memperincikan pendapatan mewah yang diterima,  hasil daripada ‘kerjasama’ dijalin dengan syarikat judi tersebut.

Pembelian di kedai emas, menggunakan ganjaran yang diterima hasil promosi aktiviti judi dalam talian - gambar X
Pembelian di kedai emas, menggunakan ganjaran yang diterima hasil promosi aktiviti judi dalam talian - gambar X

Berselindung di sebalik aktiviti permainan dalam talian, syarikat judi seperti MZ Play dan Winbox ini menggunakan pengaruh dimiliki golongan terlibat, untuk memancing lebih ramai peserta.

Menerusi pendedahan oleh CEO OF EXPOSE di X, semua pempengaruh itu dikesan aktif membuat promosi menggunakan video untuk memastikan objektif menarik seberapa ramai pemain tercapai.

Menggunakan akaun @druglordfxdl dia memberitahu, ‘promoter’ judi dalam talian ini kerap mengadakan penstriman langsung untuk berinteraksi secara terus dengan sesiapa sahaja yang berminat.

“Beberapa hari lepas, kami terima DM collaboration berkenaan APLIKASI JANA WANG ! 

“PELIKNYA tawaran datang dari akaun palsu menggunakan nama insyirah trisha dan gambar daiyan trisha (if not mistaken). Jadi admin selidik akaun ni…,” katanya menerusi bebenang.

Katanya, ‘penyelidikan’ dilakukan membawa kepada penemuan sebuah aplikasi dikenali sebagai MZ Play. 

“MZ Play ni aplikasi apa? Bila admin skrol akaun ni, admin ternampak beberapa video orang lain (perempuan India) yang jelas bukan Insyirah Trisha. 

“Sah! Akaun palsu! Admin teruskan selidik dan dapati rupa-rupanya modus operandi online gambling terkini! 

“Judi online sekarang ni, dah pandai! Gunakan muka orang famous untuk mengaburi orang awam. MZ Play ni aplikasi judi! Terang lagi bersuluh dari akaun tersebut! @PDRMsia mohon ambil tindakan!,” tegasnya.

Ciapan oleh CEO OF EXPOSE itu pantas menerima respon netizen lain yang turut menyalurkan maklumat berhubung pempengaruh lain.

Antara akaun pempengaruh yang terbabit mempromosi judi dalam talian - gambar X
Antara akaun pempengaruh yang terbabit mempromosi judi dalam talian - gambar X

Sehingga berita ini ditulis, bebenang dihasilkan tersebut masih menerima maklumat terkini daripada netizen, mengandungi tangkap layar pempengaruh yang terlibat mempromosikan aktiviti judi dalam talian itu.

Mengikut undang-undang Malaysia, kegiatan seumpama itu menyalahi Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).

Menurut akta berkenaan, premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal termasuk definisi dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka'. - Getaran, 4 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Pempengaruh Wanita Didakwa Promosi Judi Dalam Talian

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Judi Dalam Talian, 12 Termasuk 2 Wanita Dicekup

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan PKP, Tahi Judi Guna Kaedah Dalam Talian - PDRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad