web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Sampai Seminggu Dah Rosak, Sikap Pengunjung Tiada 'Common Sense' Memalukan!

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Dec 2023 9:42PM

Permainan interaktif air ini masih dalam keadaan baik ketika hari pertama ia dibuka kepada pengunjung - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mendidik rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang memiliki mentaliti penduduk di negara maju barang kali sukar dicapai.

Entah di mana silapnya, kesedaran sivik sejumlah besar rakyat masih terlalu rendah dan ia jelas terbukti menerusi perilaku mereka.

Longgokan sampah sarap di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika konsert Coldplay bulan lalu antara penanda aras.

Longgokan sampah di luar SBNK ketika konsert Coldplay bulan lalu - gambar X
Longgokan sampah di luar SBNK ketika konsert Coldplay bulan lalu - gambar X

Bukan tidak ada tong sampah disediakan, namun mereka masih terbelenggu dengan pemikiran kelas ketiga yang masih mundur.

Itu cuma satu contoh dan akuilah, banyak perkara lain yang masih terus ‘diamalkan’, seolah ia adalah budaya di Malaysia.

Terbaru, permainan interaktif air di pusat beli belah Exchange TRX terpaksa ditutup sementara, walaupun baru dibuka kurang dari seminggu.

Menurut akaun @Skyscrapers MY di X, permainan interaktif tersebut mengalami kerosakan dan perlu dibaiki.

“Permainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak² bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang,” katanya, menerusi ciapan.

Ciapan tersebut nyata membuat netizen ‘menepuk dahi’ dek kelakuan segelintir pengunjung yang tidak tahu menghargai kemudahqn disediakan.

Afiq Aiman S.H di akaun @afiqshelby berkata, keadaan itu sebenarnya turut disumbangkan oleh kegagalan ibu bapa mengawasi anak-anak.

“Yang mak ayah pun takdak (tiada) common sense ka apa. Nampak macam tu tempat berendam ka?” katanya, kesal.

Mad Ajiq pula berkata, kelakuan sesetengah kanak-kanak yang terlalu ‘buas’ ketika bermain di situ pernah dibangkitkan seorang individu, namun dia pula menjadi mangsa kecaman.

Menggunakan handle @madajiq25, pemuda itu memberitahu, perlu ada kesedaran ketika menggunakan kemudahan awam.

“Ada org (orang) dh (dah) tegur benda ni tapi kena bash konon tak kesian (kasihan) ke tgk (tengok) anak b40 nak mandi, konon bukan senang dorg (mereka) nak mandi swimming pool! Benda bukan tak kesian, tapi kena faham apa itu common sense apa itu rules dan apa itu p****k Hahahahhaaahahaahaahahhahaha,” katanya.

Z di @xzayrazeex pula mencadangkan agar pengurusan Exchange TRX mengenakan yuran keahlian untuk melindungi prasarana terbabit.

“Tempat tempat macamni patutnya kena ada membership mall dan siapa yg ada membership tu je boleh bawa anak dia main sini. Baru tak jahanam harta benda mall ni,” sarannya.

Cadangan Z turut dipersetujui seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Azr79 atau @coreyblues79.

“Betul. Kena bayar baru boleh guna. Kalo (kalau) free mmg (memang) kejap aje dah jahanam,” katanya.

Sementara itu, pempengaruh Sueannajoe berkata, mesej diterima daripada pengurusan pusat beli belah menyatakan kawasan air pancut di tempat permainan itu direka khas untuk mengasah kemahiran sensory kanak-kanak.

“Didorong oleh rasa ingin tahu, saya bertanya kepada pengurusan, apakah kanak-kanak dibenarkan bermain di kawasan air pancut.

“Jawapannya ialah Ya. Kawasan itu diwujudkan khas untuk mengasah kemahiran sensory kanak-kanak,” katanya.

Jelas Sue, kanak-kanak bagaimanapun tidak digalakkan untuk ‘berendam’ di sebuah lagi permainan berbentuk lingkaran yang ada di situ.

“Walaupun mereka dibenarkan bermain dengan peralatan yang ada situ, ia bukan untuk ‘berendam’,” katanya.

Kanak-kanak juga jelas beliau, dibenarkan untuk bermain dan berenang di sebuah kolam yang dibina berhampiran sebuah objek menyerupai ‘gua’.

“Boleh bermain dan mandi, tapi perlu ada pengawasan ibu bapa,” katanya. - Getaran, 4 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Memang Kalau Oyen Kena Rosak Eh?

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Baru Beli 8 Jam Sudah Rosak, Wanita Tuntut Perodua Bertanggungjawab

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Rupanya Bukan Oyen Aja Yang Rosak, Putih Pun Sama Daa...

4

Semasa 11 bulan yang lalu

'Padang Ini Perlu Lebih Masa, Akan Terkopak Semasa Perlawanan' - TMJ

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini