web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Padang Ini Perlu Lebih Masa, Akan Terkopak Semasa Perlawanan' - TMJ

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2023 9:36AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerosakan rumput yang berlaku di padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ) sebenarnya sudah dijangka.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di X berkata, beliau sudah mengingatkan pihak pengurusan SNBJ bahawa padang terbabit memerlukan sedikit masa sebelum ia boleh digunakan.

“Semalam (kelmarin) semasa majlis penyerahan padang, saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok (semalam) semasa perlawanan,” katanya.

Kualiti padang SNBJ semalam menjadi persoalan dalam kalangan peminat bolasepak yang menonton perlawanan Malaysia menentang India, sempena Pestabola Merdeka.

Pada perlawanan itu, rumput di padang terbabit tercabut di beberapa bahagian, hingga mengganggu pergerakan dan aksi pemain kedua-dua pasukan.

Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula keadaan rumput yang terkopak - gambar BERNAMA
Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula keadaan rumput yang terkopak - gambar BERNAMA

Kualiti padang yang tidak baik turut menimbulkan rungutan pemain India dan Ketua Jurulatih, Igor Stimac.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ berkata, kerosakan berkenaan boleh dielakkan jika ia tidak digunakan dalam tempoh dua sehingga tiga bulan lagi.

Jelas pemilik kelab bolasepak JDT itu, padang terbabit memerlukan masa agak panjang bagi memastikan akar rumput yang ditanam benar-benar kuat.

Katanya, rumput jenis sama digunakan di padang Stadium Sultan Ibrahim.

“Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium.

“Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT,” katanya.

Pada satu ciapan lain, TMJ turut memuat naik foto SSI yang menggunakan rumput dan kontraktor sama.

This is the proven product. Dah terbukti. Tapi kena jaga betul-betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja.

“@FAM_Malaysia kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Jamin Kualiti Padang SNBJ, PSM Guna Tenaga Pakar Untuk Konsert Ed Sheeran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor Esok

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Memang Kalau Oyen Kena Rosak Eh?

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Baru Beli 8 Jam Sudah Rosak, Wanita Tuntut Perodua Bertanggungjawab

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'