web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baru Beli 8 Jam Sudah Rosak, Wanita Tuntut Perodua Bertanggungjawab

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jan 2024 5:42PM

Nagakanni (kiri) bersama Perodua Bezza 1.3 X yang dibelinya pada 17 Oktober 2023 - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengalaman membeli kereta baharu yang seharusnya melakar memori indah bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita apabila kenderaan terbabit rosak, hanya lapan jam selepas diperoleh.

Berkongsi kisah berkenaan di Facebook, Nagakanni Subramaniam berkata, dia membeli Perodua Bezza 1.3 itu di Perodua Harapan Terang Motor Segamat pada 17 Oktober lalu dengan bayaran ansuran bulanan berjumlah RM537. 

Katanya, sudah lebih dua bulan kereta itu tersadai di bengkel tanpa sebarang penyelesaian.

"Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada jam 11 pagi. Lapan jam kemudian pada jam 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.

"Kereta saya ditunda ke Pusat Servis Perodua Segamat pada 18 Oktober. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak. Hari yang sama, saya request Perodua untuk ganti kereta baharu. Saya diminta menunggu keputusan dari HQ (ibu pejabat) Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan," katanya.

Kereta Nagakanni terpaksa ditunda kerana enjin tidak dapat dihidupkan - gambar Facebook
Kereta Nagakanni terpaksa ditunda kerana enjin tidak dapat dihidupkan - gambar Facebook

Nagakanni memberitahu, dia dihubungi seorang eksekutif jualan dari ibu pejabat Perodua yang dikenali sebagai Sufian pada 9 November, dan dimaklumkan bahawa enjin kenderaan tersebut mengalami kerosakan kerana dimasuki benda asing seperti gula.

"Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua.Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh lapan jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

"Pada 15 November, En (encik) Sufian kata saya kena buat loan baharu dulu untuk kereta baharu. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu," katanya.

Laporan polis yang dibuat Nagakanni susulan kejadian - gambar Facebook
Laporan polis yang dibuat Nagakanni susulan kejadian - gambar Facebook

Jelas Nagakanni, dia dihubungi pula oleh wakil jualan dari Pusat Jualan Harapan Terang pada 4 Disember, yang meminta dokumen untuk pinjaman kedua, tetapi permintaan tersebut ditolak kerana pinjaman pertama dibuatnya masih belum selesai.

"Pada 8 Disember, Customer Service beritahu bahawa final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baharu.

"Hari ini (2 Januari 2024) masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih dua bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan. Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya," keluhnya. - Getaran, 3 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Hutang Bank Belum 'Settle' Tapi Kereta Dah 'Total Loss'

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Memang Kalau Oyen Kena Rosak Eh?

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Perodua Nafi Lepas Tangan, Sudah Berhubung Dengan Nagakanni Sejak Oktober

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Dikejar Lebih 20 Kereta Peronda, 2 Akhirnya Berjaya Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'