web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perodua Nafi Lepas Tangan, Sudah Berhubung Dengan Nagakanni Sejak Oktober

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:48AM

Perodua Bezza 1.3 milik Nagakanni Subramaniam yang terpaksa ditunda selepas mengalami kerosakan, hanya lapan jam selepas dibeli - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perodua menafikan syarikat itu berlepas tangan dan tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan kes melibatkan seorang wanita dan Perodua Bezza 1.3 di Segamat, Johor.

Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar berkata, pihak syarikat sudah berkomunikasi dengan wanita terlibat sejak Oktober tahun lalu. 

Menurut beliau., Perodua juga telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Ini termasuk menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan,” katanya.

Jelas JH Rozman, Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan itu untuk mengutamakan kes beliau.

“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Kes menimpa Nagakanni Subramaniam mendapat perhatian apabila dia berkongsi perkara itu do Facebook.

Dakwanya, Perodua Bezza 1.3 X yang dibeli di Perodua Harapan Terang Motor Segamat pada 17 Oktober lalu dengan bayaran ansuran bulanan berjumlah RM537 mengalami kerosakan hanya lapan jam selepas ia diperoleh.

Nagakanni berkata, sudah lebih dua bulan kereta itu tersadai di bengkel tanpa sebarang penyelesaian.

Dia juga memberitahu dihubungi eksekutif jualan dari ibu pejabat Perodua yang dikenali sebagai Sufian pada 9 November, dan dimaklumkan bahawa enjin kenderaan tersebut mengalami kerosakan kerana dimasuki benda asing seperti gula. - Getaran, 4 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Hutang Bank Belum 'Settle' Tapi Kereta Dah 'Total Loss'

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Baru Beli 8 Jam Sudah Rosak, Wanita Tuntut Perodua Bertanggungjawab

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Dikejar Lebih 20 Kereta Peronda, 2 Akhirnya Berjaya Ditahan

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Fuyoooo Tengah Shooting KL Gangster Ke Tu?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah