web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sering Menjengkelkan Penumpang Lain. Netizen Dakwa 'Lelaki Misteri' Ada Kisah Menyedihkan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 10:24AM

'Lelaki misteri' (kanan) ini sering menimbulkan rasa tidak senang penumpang tren yang lain - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ‘misteri’ menimbulkan rasa tidak senang sejumlah besar penumpang lain, apabila didakwa berkelakuan ‘tidak senonoh’ ketika menggunakan perkhidmatan LRT.

Bukan hanya enggan membenarkan kerusi di sebelahnya diduduki, dia juga dilihat ‘berkelah’ dengan menikmati makanan dibawa tanpa segan silu.

Walaupun menyedari aksinya dirakam, dia tetap bersikap ‘selamba’, seolah berada dalam dunianya sendiri.

Meluahkan rasa tidak puas hati di X, Ash yang menggunakan handle @ASAZ2902 menggesa Rapid KL segera bertindak.

“Dia boleh berkelah dalam LRT yaaaa @askrapidkl pls (please) (take) action,” katanya, berang.

Terdahulu, Annoyed Malaysia di akaun @annoyedmsian menggesa orang ramai berwaspada jika terserempak dengan lelaki tersebut.

Beware of this inconsiderate guy on the LRT! Someone asked him to remove his bag from the seat and he made a face and refused. (Berhati-hati dengab lelaki tidak bertimbang rasa ini dalam LRT! Dia diminta mengalihkan beg, tetapi enggan dan menarik muka).

“If you’re gonna be a jerk on the train, you deserve to be called out publicly. #rapidkl, (jika anda mahu berkelakuan buruk dalam tren, anda layak dimalukan),” ciapnya, berang.

Seorang netizen yang mengulang ciap hantaran itu pula memberitahu, dia pernah terserempak dengan lelaki berkenaan.

Once i saw this guy in the train peeling garlic and snacking on raw asparagus (saya pernah terserempak dengan lelaki ini dalam tren dan dia sedang mengupas bawang putih sambil mengunyah asparagus mentah),” katanya.

Bagaimanapun, seorang netizen lain tampil memberikan ‘plot twist’ di luar jangka.

P.U Jamal di akaun @JamalThaRebel mendakwa, lelaki itu sebenarnya memiliki kisah yang menyedihkan.

“Aku baru terbaca dekat komen FB, uncle ni punye saudara cakap uncle ni dulu ada anak, tapi umur anak dia tak panjang. 

Long story short dia jadi mental so beg tu kira anak dia la. Pergi mana-mana dia akan cop satu seat extra,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, kisah sebenar penumpang misteri itu masih belum diketahui, dan Getarah masih menanti respon Rapid KL berhubung semua insiden membabitkan lelaki tersebut. - Getaran, 10 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'