web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 2:48PM

Armizan Mohd Ali (kiri) menurunkan tandatangan sebagai simbolik merasmikan Trek Larian Getah Sintetik Padang Pekan Papar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Kegiatan mengadakan kartel antara syarikat perniagaan bagi meraih keuntungan tanpa ada persaingan sihat merupakan perbuatan mensabotaj usaha kerajaan yang kini berusaha sedaya upaya meringankan kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu kartel seperti lima syarikat didenda RM415.5 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) semalam, bukan sekadar isu antipersaingan dan manipulasi pasaran, sebaliknya berkait kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata kartel yang juga menjejaskan ekonomi negara itu, melibatkan unsur pakatan harga untuk menaikkan harga makanan ayam sekali gus menaikkan harga bekalan ayam di pasaran kerana 72 peratus kos pengeluaran ayam adalah melibatkan kos makanan.

“Kartel ini adalah terbesar (dikesan) sejak MyCC ditubuhkan 2011. Demi kepentingan rakyat, kerajaan melalui KPDN (Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan MyCC bergerak lebih agresif… ini kerana cabaran akan lebih besar tahun hadapan apabila dilaksanakan penyasaran semula subsidi.

“Harga barang akan diapungkan dan akan dipengaruhi faktor penawaran dan permintaan. Kewujudan kartel dalam bentuk manipulasi dalam pasaran demi memaksimakan keuntungan industri adalah amat tidak wajar dan merugikan rakyat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar merasmikan Trek Larian Getah Sintetik Padang Pekan Papar dan Program Jualan Rahmah di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan MyCC mengenakan penalti berjumlah sekitar RM415.5 juta kepada lima syarikat pengisar makanan ayam kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.

Armizan berkata KPDN khususnya MyCC akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan sebagai usaha mengekang kartel khususnya dalam tiga sektor utama iaitu makanan, pertanian dan tipuan bidaan.

Ditanya tentang kemungkinan tindakan terhadap kartel besar lain selepas ini, beliau berkata sememangnya siasatan sedang dijalankan terhadap kartel-kartel tertentu pada masa ini dan tidak menolak kemungkinan tindakan akan dilakukan pihaknya terhadap kartel besar lain selepas ini.

“Saya tidak dapat dedahkan perinciannya (kartel) kerana masih dalam siasatan tetapi boleh saya katakan ia melibatkan usaha kita mengekang kartel di tiga sektor utama itu. Jadi syarikat dan peniaga di luar sana kita nasihatkan berniaga betul-betul, jangan susahkan rakyat dan negara,” katanya.

Mengenai trek larian getah sintetik itu Armizan berkata projek pembinaannya melibatkan kos RM1.2 juta dan mengambil masa dua bulan untuk disiapkan sebelum dirasmikan untuk kegunaan awam hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Persatuan Pemamer Filem Malaysia Sangkal Dakwaan Cuba Sabotaj Tayangan Filem Anwar: The Untold Story 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Awang Askandar Dijangka Tiba Di Tanah Air Selewat-Lewatnya Sabtu Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini