web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenazah Awang Askandar Dijangka Tiba Di Tanah Air Selewat-Lewatnya Sabtu Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 6:00PM

Jenazah Awang Askandar telah berada di Base Camp 2 pada 9.30 pagi tadi (waktu Nepal) dan akan dibawa turun ke Everest Base Camp (EBC) menggunakan helikopter. - Gambar Facebook Malaysia Everest 2023

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Lt. Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata jenazah Awang Askandar telah berada di Base Camp 2 pada 9.30 pagi tadi (waktu Nepal) dan akan dibawa turun ke Everest Base Camp (EBC) menggunakan helikopter.

“Bagi memenuhi hasrat ahli keluarga, jenazah akan dikebumikan di kampungnya di Papar, Sabah pada hari sama tiba di Kota Kinabalu iaitu jangkaannya pada Jumaat atau selewat-lewatnya Sabtu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Ramah Monsun Barat Daya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang mempunyai ketinggian 8,848 meter dari paras laut.

Allahyarham ketika itu bersama seorang lagi pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

Armizan berkata kerajaan memberikan komitmen penuh dari segi kewangan kepada proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi peserta ME 2023, Muhammad Hawari yang dilaporkan hilang selepas itu.

“Proses SAR Muhammad Hawari masih diteruskan sehingga kini. Kerajaan tidak akan berhenti berusaha, namun kos pencarian agak tinggi seperti penggunaan helikopter dan bayaran malim gunung,” katanya.

Muhammad Hawari merupakan pendaki orang kurang upaya (OKU) ME 2023, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak ketika dihubungi memaklumkan jenazah Awang Askandar kini telah tiba di (EBC) dan jenazah difahamkan akan diterbangkan ke hospital di Kathmandu bagi urusan selanjutnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Jenazah Abdul Taib Tiba Di Demak Jaya

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Jenazah M Daud Kilau Selamat Dikebumikan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global