web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:25PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya cadangan beras putih Malaysia MADANI akan menyokong perbuatan kartel yang mencampurkan Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI).

Anwar berkata, sebaliknya tindakan kerajaan itu dilakukan bagi mengekang campur tangan kartel, namun masih belum ada sebarang keputusan berhubung isu itu setakat ini, dan hal itu akan dibincangkan lebih terperinci dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan datang.

"Tidak, kami sedang mengekang campur tangan kartel tetapi kami akan berbincang dengan NACCOL. Tiada lagi keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Maybank dan Pelancaran Program Memperkasa PKS 'myimpact SME HUB' di Menara Maybank di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R.Ramanan dan Pengerusi Kumpulan Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang meminta Perdana Menteri untuk tidak membenarkan pelaksanaan beras putih Malaysia MADANI seperti yang dicadangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang didakwa seperti menyokong perbuatan kartel mencampurkan beras tempatan dan beras import.

Pada 14 Februari lalu, Syed Abu Hussin Hafız yang juga Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI yang dijual pada harga maksimum RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit berkuat kuasa 19 Februari ini dengan jangkaan berada di pasaran bermula 1 Mac ini.

Beliau berkata, ia bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI, melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini