KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa agama Islam, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta memantau fahaman zikir melampaui batas, yang dikesan sudah mula menular di negara ini.
Pempengaruh, Zac Zakirin menerusi bebenang di X berkata, amalan terbabit dipercayai dibawa masuk sekumpulan jemaah dari seberang.
Menurut beliau, budaya atau fahaman berkenaan perlu dibanteras kerana bersifat ekstrem dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dah masuk Malaysia dah budaya ni. Selamatkan anak cucu kalian untuk bezakan amalan sunnah dan budaya. Jangan biarkan budaya yang seakan dianggap beragama ini meresap ke anak cucu kita,” katanya.
Dah masuk Malaysia dah budaya ni.
— Zac (@ZacZakirin13) December 29, 2023
Selamatkan anak cucu kalian utk bezakan amalan sunnah dan budaya. Jangan biarkan budaya yang seakan dianggap beragama ini meresap ke anak cucu kita.
Nanti aku tunjuk video yang lagi extreme tengah berlaku dekat Indonesia. pic.twitter.com/2QHMlTygvs
Zac Zakirin turut memuat naik video yang dikatakan dirakam di Indonesia, memaparkan kegiatan hampir sama.
“Amalan apa ni sebegini? Bercampur aduk lelaki dan perempuan, bergoyang-goyang. Tak tahan, berjubah, berserban, bertudung labuh semua pukul rata.
“Semoga JAIS lebih tegas membanteras amalan-amalan sebegini dari masuk Malaysia dan buat pemantauan untuk video pertama,” katanya.
Tegas beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar perlu bertindak segera untuk menangani perkara ini.
“Tolong pantau amalan-amalan sebegini. Check sama ada bercanggah dengan sunnah atau tidak.
“Kita taknak extremis agama yang melampau-lampau dalam bab ‘beribadah’ ni masuk ke Malaysia. Hari ni dekat kawasan rumah, hari-hari esok boleh jadi ke kuburan pula,” katanya.
Tinjauan Getaran mendapati, kegiatan hampir sama turut dilaporkan berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong.
Perkara tersebut didedahkan Azli Othman yang menggunakan handle @azli_o.
“Yang ni di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Dah ditegur di FB (Facebook) masjid, tapi pihak masjid pun masih taknak turunkan video. Video penuh lebih setengah jam,” katanya yang turut memuat naik rakaman video terbabit.
Seorang lagi netizen dikenali sebagai Fyda berkata, majoriti ahli kumpulan berkenaan berasal dari Indonesia.
“Most of them from Indo tho, ada persatuan dekat Malaysia,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2024