web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


42 Mangsa Banjir Berhampiran Sungai Tiram Dipindahkan Ke 2 PPS

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:20PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 42 mangsa dari kawasan penempatan berhampiran kawasan Sungai Tiram di sini, hari ini dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Raya Sungai Tiram dan Sekolah Kebangsaan Nam Heng setakat pukul 12.30 tengah hari tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli.

Beliau berkata, penduduk yang dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air adalah dari Batu 10, Lorong Mak Piah, Kampung Paya, Kampung Sungai Serai dan Simpang Ladang Mados.

"Pemantauan sedang giat dijalankan di kawasan terlibat dengan keseluruhan melibatkan 31 anggota dengan empat aset," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tinjauan BERNAMA mendapati pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat melakukan pemindahan mangsa ke PPS serta pemantauan di lokasi yang terjejas banjir di daerah ini.

Sementara itu, seramai 230 penduduk di Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram, di sini, terputus hubungan selepas jalan utama memasuki kampung itu dinaiki air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Ketua Kampung Felda Sungai Tiram, Mohamad Misri berkata, terdapat 60 buah rumah di kampung itu dengan empat daripadanya terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, setakat ini jalan alternatif yang ada menerusi jalan Kampung Sungai Redan, di sini, turut terjejas, namun Mohamad menjangkakan laluan utama Kampung Bukit Dagang boleh dilalui semula, sekiranya hujan kembali reda lewat petang ini.

"Bantuan seperti makanan dan sebagainya kepada penduduk kampung akan diuruskan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Johor Bahru, bergantung kepada keadaan semasa di kampung itu.

Jika hujan kembali reda petang ini, dijangkakan jalan utama itu akan surut dan boleh dilalui semula," katanya ketika dihubungi BERNAMA, di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan penduduk di kampung itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad