web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dunia Perlu Sokong Tindakan Afrika Selatan Heret Israel Ke ICJ - Anwar

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jan 2024 9:06AM

Kekejaman Israel terus berlarutan tanpa henti sejak 7 Oktober tahun lalu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan berani Afrika Selatan membawa kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) perlu menerima dukungan seluruh komuniti dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengheret Zionis ke muka pengadilan atas genosid dilakukan terhadap rakyat Palestin seharusnya disokong oleh semua warga yang waras.

Malangnya menurut beliau,  negara-negara Barat terus bermuka-muka dan mengambil pendirian selamat ketimbang mengheret Israel ke muka dan neraca pengadilan yang sewajarnya. 

“Mantra ‘hak asasi manusia’ yang sering dihala ke negara-negara yang tidak sebulu dengan mereka kini tidak lagi kedengaran.

“Gelombang penentangan terhadap Israel yang kita saksikan hari ini adalah yang terbesar sejak demonstrasi raksasa menentang Perang Vietnam dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar Ibrahim - gambar fail
Anwar Ibrahim - gambar fail

Tegas Perdana Menteri, gelombang penentangan ini malangnya belum menjentik nurani pemimpin di negara-negara Barat untuk mengambil pendirian menentang kezaliman Zionis.

“Mereka masih belum menyemangati apa yang mereka paksakan ke atas negara lain selama ini. 

“Israel mesti dibicarakan dan kekejaman mereka mesti didobrak dengan pelbagai cara yang ada,” katanya.

Atas dasar ini jelas Anwar, Malaysia mengulangi pendirian untuk mendukung langkah Afrika Selatan di ICJ bersama negara-negara sahabat yang lain bagi menegakkan keadilan dan membenam kezaliman.

“Dunia telah menyaksikan 100 hari pembantaian tanpa henti rejim biadab Israel ke atas warga Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

“Ini adalah kesinambungan daripada lebih tujuh dekad kezaliman yang telah pun diterjemahkan secara jelas melalui pendirian serta kebijakan rejim Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kenyataan serta pandangan perkauman sisi kanan yang dihambur pemimpin Zionis ke atas rakyat Palestin tambah menjelas sikap melampau Zionis Israel.  

“Sebagai rakyat, meski dinafikan segala hak dan asas kehidupan serta sentiasa dipaksa untuk hidup dalam ketakutan, namun rakyat Palestin tetap terus keras mempertahan tanah air dan maruah bangsa.

“Setakat hari ini sejak 7 Oktober yang lalu, Israel telah membunuh seramai 24,100 rakyat yang tidak berdosa, dan Israel terus dipencilkan warga serta komuniti antarabangsa. We know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians,” katanya, turut memetik ungkapan hikmat pemimpin ulung Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela. - Getaran, 17 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000