web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Devaki Sosok Penting Dalam Perjuangan Memartabat Wanita Tempatan - Anwar

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 4:38PM

Tan Sri Devaki Krishnan - gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mendiang Tan Sri Devaki Krishnan disifatkan sebagai sosok penting dalam perjuangan memartabatkan kaum wanita di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Devaki juga nemainkan peranan penting dalam kepimpinan dan politik negara.

 Menurut beliau, mendiang yang juga wanita pertama dalam perkhidmatan awam di Malaysia sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

“Turut berdukacita di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan malam tadi.

“Jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang buat selamanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Devaki menghembuskan nafas terakhir malam tadi pada usia 100 tahun.

Berita pemergian mendiang dikongsi oleh cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk R Ramanan.

Ramanan berkata, neneknya ialah tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia sehingga digelar Grand Dame of Malaysian Indian Politics.

"Hayatnya diabadikan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jasa dan kepimpinannya mengangkat martabat wanita di mata dunia.

"Seorang perintis wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia dan meninggalkan warisan gemilang dalam sejarah politik negara," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, kehilangan Devaki tidak akan berganti dan kenangan mereka sekeluarga kekal abadi dalam ingatan.

"Semoga rohnya diberikan ketenangan," katanya.  - Getaran, 21 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra