web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Main Peranan Besar Bantu Komuniti India, Mahu Perkasa Golongan B40

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 4:39PM

Ahmad Zahid Hamidi dikerumuni tetamu yang hadir pada Pesta Ponggal Perpaduan 2024 baru-baru ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membantu menaik taraf masyarakat India tidak boleh dinafikan.

Kesediaan beliau berdamping serta menyantuni komuniti India tempatan membuatkan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu amat dihormati golongan berkenaan.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid sekali lagi menerima penghormatan standing oviation daripada sejumlah besar komuniti India, selepas berhasil menyumbang 200 peranti untuk kegunaan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40.

Penuntut IPT yang menerima sumbangan peranti untuk pengajian mereka tidak ketinggalan bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri
Penuntut IPT yang menerima sumbangan peranti untuk pengajian mereka tidak ketinggalan bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri

Pemberian berkenaan yang disampaikan pada Majlis Ponggal Perpaduan 2024 baru-baru ini, disifatkan berupaya membawa perubahan, khususnya dari aspek sosial mobiliti.

Pegawai Khas Zahid, Arvend Appalasamy berkata, komitmen Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam memperjuangkan nasib komuniti India tidak boleh dipertikaikan. 

Menurut beliau, kesediaan Ahmad Zahid menghadiri sambutan Ponggal baru-baru ini jelas membuktikan Timbalan Perdana Menteri mahu semua program dilaksanakan memberi impak positif kepada golongan sasaran.

“Pesta Ponggal ini amat penting bagi masyarakat India kerana ia sarat  dengan tradisi dan kebudayaan. Program seumpama ini sangat bermakna buat kami.

“Ia bukan sahaja dihadiri lebih 2,000 pengunjung terdiri dari kalangan pelajar dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malah turut melibatkan kehadiran pemimpin politik seperti Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan sumbangan peranti kepada penuntut IPT
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan sumbangan peranti kepada penuntut IPT

Jelas Arvend, Ahmad Zahid pada majlis berkenaan turut menekankan kepentingan untuk memberi tumpuan dan peluang kepada generasi muda India, dalam menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi.

“Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara mahu TVET digunakan bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan komuniti India melalui pendidikan, selain membantu mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tersebut,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian pada isu  kemiskinan bandar.

“Untuk mengatasi kemiskinan bukan hanya dalam bentuk sokongan kewangan semata-mata, tetapi mesti menggunakan satu proses untuk menstrukturkan semula kedudukan ekonomi melalui pendidikan.

"Biarpun masyarakat Melayu dan bumiputera amat terkesan, usaha-usaha untuk melayani semua (kaum) di negara ini mesti terus dipertingkatkan dan kaedah terbaik adalah melalui pendidikan," katanya. - Getaran, 22 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 3 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 5 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad