web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu E-hailing Ditahan, Cuba Hantar PATI Guna MPV Sewa

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 9:11PM

Suspek warga tempatan dan tujuh warganegara Myanmar yang ditahan cuba dihantar ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - gambar polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Tindakan seorang pemandu e-hailing melakukan perjalanan jauh dari Ipoh ke Felda Bukit Tangga, berhampiran sempadan negara semata-mata untuk mencari 'duit lebih', memakan diri apabila dia ditahan ketika cuba membawa tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dua destinasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dalam kejadian petang semalam, lelaki berkenaan dipercayai mengambil kumpulan warganegara Myanmar di tepi jalan, di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun, ditahan ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang disewanya kira-kira jam 2.50 petang semalam di Kilometer 31.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini.

Katanya, pemeriksaan dilakukan polis mendapati terdapat tujuh PATI di dalam kenderaan tersebut terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun.

"Suspek yang berasal dari dari Menglembu, Perak dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar kesemua PATI tersebut ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Terdahulu, dia dipercayai mengambil kesemua mereka di tepi jalan dekat Felda Bukit Tangga yang terletak tidak jauh dari sempadan negara," katanya ketika dihubungi Getaran.

Tambahnya, lelaki tersebut dipercayai berurusan dengan individu berasal dari Myanmar untuk melakukan tugasan tersebut dan mengambil upah berjumlah RM200 bagi setiap PATI dibawanya.

"Dipercayai ini kali kelima dia mengambil upah berbuat demikian," katanya.

Dalam pada itu Rodzi memaklumkan, dua daripada PATI tersebut boleh bertutur bahasa Melayu.

"Mereka mendakwa masuk ke negara ini kira-kira pukul 5 pagi semalam dengan bantuan dua lelaki Thailand yang bertindak sebagai pemandu arah, melalui pagar sempadan di kawasan Bukit Tangga.

"Selain menahan kesemua suspek dan kesemua PATI terlibat, kami turut merampas kereta digunakan serta dua telefon bimbit untuk tujuan siasatan," katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Getaran, 23 Januari 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi