web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelancong ‘Disaman’ Sentiasa Berhubung Dengan PDRM, Sudah Serah Semua Bukti

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:39PM

gambar akaun X TREADtheglobe

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan pelancong United Kingdom (UK) yang ‘disaman’ anggota polis trafik kerana memandu melebihi had laju mengesahkan mereka sentiasa berhubung rapat dengan Polis Diraja Malaysia sebagai langkah susulan.

Menerusi ciapan di X, pasangan berkenaan yang menggunakan akaun @TREADtheglobe berkata, segala butiran seperti rakaman video asal, tarikh, masa dan lokasi kejadian sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Jelas mereka, PDRM turut memohon maaf dan berjanji untuk menyiasat insiden terbabit secara telus pada kadar segera.

“Berkenaan video terkini, kami mengesahkan sedang berhubung rapat dengan PDRM.

“Semua rakaman asal video, tarikh, masa dan lokasi juga sudah diserahkan untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Pada 29 Januari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dipetik BERNAMA sebagai berkata, JSPT tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Katanya, JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

JSPT jelas beliau, akan memaklumkan perkembangan siasatan berhubung perkara ini dan juga tindakan lanjut yang akan diambil.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian ini diminta menyalurkannya bagi membantu siasatan kepada JSPT melalui talian bilik gerakan 03-22663356 atau emel protrafik_ba@rmp.gov.my," katanya.

Pada 28 Januari lalu, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang mengenakan tindakan saman terhadap warganegara UK dengan jumlah yang tertentu. - Getaran, 2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad