web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kritik Sultan Johor, Ibu Selebriti Popular Selesai Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 3:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis Selangor telah mengambil keterangan ibu seorang selebriti popular hari ini berhubung dakwaan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata ibu selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 10 pagi tadi dan pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi bagi melengkapkan siasatan.

“Ibu selebriti itu sudah selesai memberi keterangan dan siasatan akan diteruskan dengan memanggil saksi-saksi lain selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan kes itu sebelum ini disiasat polis Kuala Lumpur namun kemudian diserah kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Ibrahim.

Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti berkenaan dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia