web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Muncul Pembida Tertinggi Dalam Sejarah, Kutip RM1.5 Juta

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2024 4:27PM

Anthony Loke (kanan) mempersembahkan simbolik nombor pendaftaran GOLD 1 kepada Yang di-Pertuan Agong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim muncul sebagai pembida tertinggi untuk nomborvplat kenderaan keluaran khas, GOLD 1.

Nilai bidaan RM1.5 juta yang dibuat baginda turut dicatatkan sebagai tertinggi dalam sejarah.

Menurut jurucakap Istana Negara, ia akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan tersebut, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat pendaftaran kenderaan kepada baginda.

Menurut laporan media sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Nombor siri ‘GOLD’ tersebut dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) mulai 1 Februari lalu.

Ia dibuka sehingga jam 10 malam, 5 Februari lalu.

Harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut kadar minimum ditetapkan, iaitu bermula daripada RM20,000 bagi nombor bernilai utama.

Nombor menarik pula dibuka bermula RM3,000 manakala nombor popular (RM800), dan nombor biasa (RM300).

JPJ menerusi bidaan nombor pendaftaran FF sebelum ini berhasil mendapat pulangan hampir RM35 juta. - Getaran, 20 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula