web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bomba Bantu Potong Cincin ‘Lekat’ Di Jari Wanita

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 1:03PM

Anggota bomba menggunakan alat khas untuk memotong cincin yang tersekat pada jari seorang wanita. - gambar JBPM Sik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seorang wanita terpaksa 'berkunjung' ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik untuk mendapatkan bantuan apabila cincin dipakainya tersangkut pada jari manis hingga tidak dapat dikeluarkan.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil, berkata wanita itu tiba di BBP Sik kira-kira jam 8 pagi tadi dengan ditemani suaminya.

Sebaik tiba, katanya, pasangan tersebut menunjukkan jari manis wanita itu yang telah membengkak dan membiru berikutan cincin dipakainya gagal dikeluarkan.

"Berikutan itu, pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin berkenaan.

"Operasi yang mengambil masa selama kira-kira lima minit itu dilakukan dengan cukup berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada mangsa," katanya kepada Getaran.

Difahamkan cincin tersebut telah tiga jam tersangkut pada jari wanita berkenaan sebelum mereka hadir ke BBP Sik bagi mendapatkan bantuan.

Mengulas lanjut Zulkhairi turut menasihatkan orang ramai terutamanya golongan wanita supaya berhati-hati ketika mengambil keputusan untuk memakai sebarang aksesori diri.

"Jika aksesori seperti cincin terlalu ketat dan tidak boleh disarung, jangan sesekali cuba memakainya kerana tindakan sedemikian boleh mendatangkan kecederaan jika tersangkut terlalu lama," katanya. – Getaran, 11 Mac 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah