web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Juruwang Ditumbuk Pelanggan Sudah Diterima, Siasatan Sedang Berjalan - Polis

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 8:34PM

Kesan kecederaan dialami mangsa akibat ditumbuk saspek - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LKUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sudah menerima video memaparkan  seorang juruwang yang dikasari pelanggan hingga cedera, dalam satu kejadian Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 6.32 petang, hari yang sama.

Menurut beliau, video yang tular di media sosial itu diterima polis hari ini pada jam 11.19 pagi tadi.

“Video tersebut memaparkan perselisihan faham melibatkan dua wanita iaitu mangsa selaku penjaga kaunter premis perniagaan berkenaan, dan saspek yang merupakan pelanggan.

“Saspek dilihat telah memukul bahagian kiri muka mangsa menggunakan tangan, sebelum bergegas meninggalkan premis terbabit,” katanya.

Raub berkata, mangsa dalam laporannya mendakwa mengalami kesakitan dan bengkak di bahagian bawah mata kiri akibat tumbukan saspek.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 3.17 petang Sabtu lalu di sebuah premis perniagaan yang terletak dalam pusat beli belah terkenal di Johor Bahru.

“Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati saspek, apabila terpaksa menunggu lama untuk membatalkan pembelian satu barang,” katanya.

Beliau memberitahu, saspek turut membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Majidee, pada jam 9.14 malam semalam.

Kes ini katanya, disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara tidak melebihi setahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan iaitu 07-218 2323,” katanya. - Getaran, 11 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 28 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad