web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Terus Pantau Kurma Israel - Armizan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 12:55PM

Armizan Mohd Ali - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus membuat pemantauan berhubung penjualan kurma dari Israel didakwa mash terdapat di pasaran termasuk yang dijual dalam talian.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata KPDN melaksanakan pemantauan melalui pelbagai akta khususnya Akta Perihal Dagangan 2011 bagi mengelakkan produk kurma itu ditawarkan kepada pengguna.

"Kita telah serta-merta memasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan terma rujukan Op Pantau yang kita lancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri ini bagi melihat secara terperinci berkaitan dengan penjualan kurma yang didakwa tersebut.

"Kita amat berharap kerjasama daripada seluruh masyarakat dan aduan awam dalam platform-platform rasmi yang wujud di KPDN," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk mengatasi penjualan kurma dari Israel melalui dalam talian dan sama ada kerajaan perlu meminda undang-undang untuk pastikan produk-produk Israel tidak mudah dapat masuk ke negara ini.

Armizan berkata KPDN memandang serius isu berkenaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeliukan pengguna.

"Di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan penalti seperti individu didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM250,000," katanya.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada sidang media semalam memaklumkan merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di Klang, Selangor pada Selasa (12 Мас).

Sementara itu mengenai Op Pantau 2024 sempena Ramadan tahun ini, Armizan berkata dalam tempoh dua hari dari 12 Mac hingga semalam, KPDN telah melakukan pemeriksaan di 3,099 premis dengan 11 kes direkodkan termasuk enam kes membabitkan pencatutan.

"KPDN telah mengeluarkan notis untuk peniaga tersebut menjawab dan memberi maklum balas tentang harga ditawarkan. Namun, KPDN mengharapkan aduan itu spesifik supaya kita boleh membuat pemeriksaan di lokasi yang dinyatakan dalam aduan, bukannya sekadar ditularkan harga tersebut.

"Pertamanya aduan, sekiranya terdapat perkara menjadi keprihatinan maklumkan kepada kita di portal rasmi (KPDN) untuk kita buat siasatan secara khusus. Kedua, kita juga merayu kepada pengguna untuk menggunakan hak mereka dalam memilih produk pada harga berpatutan," katanya.

Armizan menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai isu harga makanan di bazar Ramadan yang mahal sehingga tular di media sosial, selain ingin tahu perkembangan berkaitan Op Pantau 2024 oleh KPDN. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 45 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah