web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alam Flora Galak Penggunaan Semula Bekas Makanan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:27AM

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Adam Saffian Ghazali pada sidang media Majlis Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024 di Pusat Kitar Semula Pandu Laju (DTRC) AEON BIG Wangsa Maju di sini, semalam. gambar FB Alam Flora Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan semula bekas makanan yang dibawa sendiri ke bazar Ramadan mampu mengelakkan pembuangan sampah dan pembelian secara berlebihan sehingga boleh mengakibatkan pembaziran serta peningkatan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan.

Bagi membantu orang ramai berbuat demikian, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) iaitu Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) semalam, mengagihkan 1,500 pek bubur lambuk dalam bekas boleh guna semula dan diedarkan kepada orang ramai di Pusat Kitar Semula Pandu Laju, AEON Wangsa Maju di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali berkata, ia adalah usaha kecil syarikat itu sebagai pencetus kepada anjakan tabiat membeli-belah yang lebih lestari dan positif terhadap alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik secara total.

"Jika secara purata anda menggunakan tiga beg plastik ketika membeli makanan selama sebulan di bulan Ramadan dan jika anda menggantikannya dengan bekas makanan, anda telah mengurangkan sebanyak 90 beg plastik dan pek polisterin daripada ia dibuang ke tapak pelupusan," katanya kepada pemberita selepas program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024 di Wangsa Maju, semalam.

Hadir sama untuk mengagihkan bubur lambuk dan 100 beg guna semula adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Adam Saffian juga menyeru supaya peniaga tidak melakukan pembaziran dengan menderma makanan tidak habis dijual kepada rumah kebajikan atau golongan yang memerlukan.

Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa khidmat kutipan sampah dan pembersihan akan berjalan seperti biasa semasa perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Alam Flora memohon kerjasama orang ramai supaya menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam untuk berkongsi maklumat tahap kebersihan di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan bersesuaian boleh diambil.

Alam Flora adalah antara syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam di Malaysia yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan di kawasan tengah dan pantai timur Semenanjung meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Pelitup Muka Bukan Sekadar Fesyen, Pilih Yang Berkualiti Demi Keselamatan Diri

2

Gaya 2 tahun yang lalu

#KLFW2021 Koleksi Ini Guna Plastik Terpakai!

3

TARA 3 tahun yang lalu

5 Tip Pintar Peranti Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lindungi Alam Sekitar, Bawa Bekas Beli Makanan Dari Bazar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang