web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lindungi Alam Sekitar, Bawa Bekas Beli Makanan Dari Bazar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 11:38AM

Mohd Norlisam mengedarkan bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk Johorfm, semalam. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bulan Ramadan kali ini boleh dijadikan titik tolak kepada amalan membawa bekas makanan dan minuman serta beg guna semula, ketika membeli juadah berbuka puasa daripada mana-mana peniaga. 

Mengutarakan cadangan itu, syarikat konsesi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mencadangkan bahawa penggunaan plastik boleh dikurangkan dengan adanya sikap pembeli membawa bekas makanan sendiri atau pun beg guna semula, lebih-lebih lagi ketika orang ramai mengunjungi bazar Ramadan tahun ini. 

Pengurus Besar Korporat SWM, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, amalan itu dilihat amat penting memandangkan kebanyakan makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan dijual dalam bungkusan plastik. 

Katanya, peningkatan sisa plastik bungkusan terutamanya ketika bulan Ramadan memberi kesan kepada jangka hayat tapak pelupusan dan kelestarian alam sekitar. 

“Oleh itu, kita perlu menjadikan amalan ‘tapau’ juadah menggunakan bekas dan beg guna semula sendiri sebagai budaya baharu yang tidak mustahil akan dapat mengurangkan penggunaan plastik dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan,” katanya. 

Beliau yang menghadiri Majlis Perasmian Program Bubur Lambuk Johorfm di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar di sini turut mengajak orang ramai untuk mengurangkan kadar sisa makanan yang lazimnya dijangka meningkat sebanyak 20 peratus ketika bulan Ramadan.

“Biasanya bila bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan, kadar pembuangan sisa makanan meningkat dan oleh itu orang ramai digalakkan menjayakan Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran melalui perbelanjaan secara berhemah dan mengikut keperluan di bazar Ramadan pada tahun ini,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut menyambut baik penganjuran Program Bubur Lambuk Johorfm yang menggunakan bekas guna semula bagi tujuan pembungkusan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai. 

“Kami amat berbesar hati kerana terus diberikan peluang bekerjasama dan menaja penganjuran program tahunan ini pada tahun ini, sekali gus memanfaatkan program ini sebagai platform kempen guna semula,” tambahnya. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Abdullah, PM Bertembung Di Bazar Ramadan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global