web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 9:19PM

Sultan Ibrahim - gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak diingatkan agar segera berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking yang dicetak kalimah Allah. 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, isu itu sudah memasuki proses perundangan, justeru tidak wajar ia terus diperdebatkan.

“Saya telah menitahkan untuk tindakan diambil mengikut lunas undang-undang, maka tidak perlu lagi untuk mana-mana pihak terus mengapi-apikan kemarahan secara berterusan.

“Tindakan diambil bukanlah untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda.

Baginda bertitah, adalah lebih baik masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian ini dan berusaha untuk terus mengeratkan perpaduan.

“Kemarahan yang berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa. Semua pihak, terutamanya pemimpin masyarakat perlu bertindak matang.

“Ajaklah rakyat ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Inilah peluang untuk mendapat pemahaman yang lebih baik antara satu sama lain dalam masyarakat kita yang majmuk, agar perkara sebegini tidak berulang lagi,” titah Seri Paduka Baginda.

Semalam, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah, dua minggu lepas.

Kee Kan, 57 dan Siew Mui, 53, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Kedua-dua mereka selaku pengarah KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dituduh berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam apabila mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya. - Getaran, 27 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula