web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Mar 2024 4:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam dituntut untuk bertadabbur bagi memahami seruan serta gesaan terkandung dalam kitab suci Al-Quran, yang sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aktiviti tilawatul Quran yang dilazimi ketika Ramadan tidak seharusnya terhenti apabila bulan penuh kemuliaan itu berakhir.

Menurut beliau, usaha memahami mesej Al-Quran seharusnya lebih ditekankan kerana kitab suci tersebut hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah. 

“Ibrah yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

“Tiap mauduk perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda al-Kahfi atau kisah Nabi Allah Yusuf AS, kesemuanya sarat dengan roh perjuangan dan iktibar yang mendalam,” katanya menerusi perutusan Nuzul Al-Quran 1445H hari ini.

Perdana Menteri berkata, menekuni tiap ayat bagai menggenggam cahaya obor yang menyoroti kejadian dan menerangi jalan ke hadapan.

“Justeru, saya mengajak semua agar memanfaatkan ruang yang ada menekuni kupasan dan tafsir Al-Quran. 

“Tafsir al-Azhar misalannya, yang dikarang Buya Hamka nyata terulung lantaran kefahaman pengarang akan sosio-budaya masyarakat serantau, kekuatan dan lenggok bahasa yang mantap serta bersandarkan ilmu tradisional yang diolah dengan pengetahuan falsafah dan ilmu moden semasa,” katanya.

Beliau menarik perhatian, penghayatan mesej hikmah Al-Quran akan mendidik seseorang menjadi insan yang bertaqwa, berakhlak mulia, adil dan sederhana dalam segenap perkara. 

“Meski di akhirnya kita hanya berhasil meneguk setitis air dari lautan luas hikmah kebijkasanaan Al-Quran, namun Allah SWT tidak pernah memberati hambaNya, dan yang demikian itu cukup buat melunasi bahagian penting dari kehidupan kita sebagai manusia dalam bahtera kehidupan ini.

“Moga perdampingan kita dengan Al-Quran menjadi penyuluh hidup di dunia dan pembelaan di akhirat kelak. Selamat memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula